Tuesday, 17 June 2014

Tumpah

Ini ialah post meroyan.
Currently alone and nobody is around to spill to.

Okeh.
Ujian lisan.

Kau dah stadi gila2 dah.
Tapi kau panik orangnya.

Kau xjawab soalan direct dpd dokte.
So dokte pon bagi klu.
Malangnya kau tak tahu klu tu.
Kau rasa macam makin serabut dan makin susah soalan tu.
Kau panik.
vicious circle la en.

Kau cakap tak jelas.
So dokte tak dengar.
Bila dokte suruh ulang, kau panik.
Kau ingat jawapan kau salah.
Dah betul dah ekceli.

Kau satu group ngn dak mumtaz.
Kau cuak.
kau tahu tak, dokte tu tak tahu pun dia mumtaz.
Yang kau nak banding kan diri tu buat apa.
jawab apa ditanya sudah.
Tak semestinya dia boleh jawab semua.
Kau hanya perlu tumpu jawapan kau.

Kawan kau keluar bilik dokte nangis2.
kau gelabah biawak.
Sedangkan kau dah baca ja hampir semua benda.
Nak takut lebih2 sampai gagap2 jawab apasal?
Habis lupa point penting yg dah distadi.

Yang kau yang nangis tu
Lenkali balik nangis kat bilik.
kau nangis depan kawan2 kau tahu tak ramai jenis gabra.
Tersaiko habis suma.

Tapi takpa.
Aku paham xsemua orang kuat nak tahan.
sampai rumah baru nangis.

Hmm.
So bila kau gelabah, kau nak aku buat apa?
Gelabah jugak gagap2 ?
Hilangkan markah aku sendiri?

Penat jadi diri sendiri.
Jom berlakon~

Saturday, 14 June 2014

Kafein

Haru biru
Gatal tak berkutu

Pencopet rasa
Argentum ataukah raksa
Emas atau gangsa
Entahlah usah ditanya

Capai latihtubi
Hirup harum kopi
Distraksi

Koktel steroid dan rantaian asid amino
Mungkin ada untungnya jadi robot boleh buat dono

Tuesday, 10 June 2014

Pecah

Dilema kepala
Amanah dijaga bersama

Satu anggota sambil lewa
Harta jagaan dipecah selamba

Tiba saat pemulangan
Denda dan ganti dilupa jangan

Haruskah dipiat anggota bersalah
Atau bersama menanggung padah

Pelaku tiada terusik
Sekutu darah menaik

Pada ketua jua terhambur segala -.-

Memang aku takmau jadi ketua dah la kan lepas ni. Arrr why you no pay all denda by yourself.

Or why not me use my own money for this ? (Bajet kaya lah tu)

Hmm

Saturday, 7 June 2014

SpongeBOB

Saying to me, you're harsh
Gave me bad influences
You have to know i'm a sponge
Easily absorbing and fragile

Demanded me be exemplary
So that I won't make you all awry

So the culprit acted all dainty
while rattling the doors loose
"I'm a gentle lass, be gentler so I don't take after your bad attitude "

"من شكا من سوء خلق غيره ، دل على سوء خلقه "
Siapa yang mengadu keburukan akhlak orang lain, menunjukkan keburukan akhlaknya sendiri T.T

Am a walking mannequin of bad attitudes? Sobs.

Buruknya akhlak cik kak oi T.T

You can point out my drawbacks and apparently I'm not entitled to do so.

Friday, 6 June 2014

Definisi

Engkau mengumumkan bakal dipunya
Ku tumpang bergembira

Akan tetapi ku keliru
Perilaku menafi mahumu

Kiralah sendiri berapa jari
Kerapnya kau mengurus diri

Acap kau tidak membiarkan
Kerjamu orang lain selesaikan

Pinggan yang tidak lepas berendam
Minyak-minyak dapur yang diabaikan

Setiap purnama biru belum tentu
Kulihat kau lincah mengurus baju baju

Tidak mengapa jika hatimu tiada
Tidak mengotorkan sudah berpada

Aku faham mungkin penatmu berganda
Membasuh berak sendiri itu masih terutama

Ahh mungkin aku sekian lama melakar definisi
Kebersihan itu perlu diprioriti

Walhal tiada mengapa jika sekitaran berjelaga
Ia tiada menjamin bahagia

Ohh dan mungkin aku memandang sipi
Bahawa dalam dunia ini wujudnya orang gaji ~!

Akan ku biarkan kau bahagia
Selamat membina keluarga

''A successful mother has happy children and greasy kitchen ''

....layakkah aku berkahwin? Ekeke.
when the parent in me babble...

Wednesday, 4 June 2014

Tutup

Sayang perut isi-isikan
Maka lemak berkeliaran
Input melebihi keluaran
Kalori berlebihan

Gemuk itu igauan
Akan tetapi senaman dianaktirikan
Pandangan manusia nomborsatukan
Maka tampil kurus satu kewajipan

Maka pakaian satu-satunya pilihan
Lebih sempit lebih menawan
Lurah dan gunung awan gemawan
Pedulikan, menjaga penampilan satu keutamaan

Apa yang penting, aku nampak langsing.
dan orang tahu aku kurus.

-Si Bacul Pahlawan PapanKekunci

Tuesday, 3 June 2014

Catu

Hikayat musim adrenalin

Katil di kerusi
Melatonin terbiar sepi
Besi

Kanji dirasi
Supaya mata melawan graviti
Paksa diri

Ini musim adrenalin
Cabar limitasi kendiri
Kerana burung besi setia menanti~ :D