Thursday, 28 November 2013

Sudut

Di satu sudut, seorang gadis menangis
Kenangkan wali nan terhiris
Harta dikorban semata demi yuran

Dan detik yang sama
Seorang lagi merungut
Elaun biasiswa tidak pernah cukup
Cuti-luar-negara pasti terbantut
Extravagansi dicekut

Di balik bantal peluk
Mudi merintih sedih
Airmata berjuraian
Alasan ; dirinya bak luar alam
Manusia cuma lihat kelebihan
Sedang dia mahu dilihat kebanyakan
Punya kelemahan

Dan pemudi balik sini bersedih
Begitu banyak kekurangan
Usaha perlu mapan;menekan
Agar terealisasi impian
Serasa kasta paling rendah sudah ditakdirkan.

Lewat rembang
Fikiran muda merewang
Perembang
Apa belahan jiwa sudah pulang
Seumur ini bakal gelandang
Bibir mengiya amal menafi hati mengimpi

Dara seberang
Perteguh tiang
Melurus pegang
Memanjat laju tangga gemilang
Yang dicita datang
Tenang

Sementara sambil melancar
Gadis gelintar
Masanya belum cukup dipugar
Sudah cukup merayu dipertegar
Tanggungan kejap dikandar
Aulawiyat malar segar

Nun di sana
Kenangkan syahid Ammar
Jiwa muda menggelepar
Kosong
Cari air segar
Hati hampir terbakar
Kemarau

Pilihan
Syukur dan tadabur
Segah atau merekah
Ubah atau rebah. 

''Apa rasa mati muda dan berjasa?''


                                   

Tuesday, 19 November 2013

Ringkas

Kau mahu mengisi?
maka dirimulah perlu lebih dulu diisi

Mahu membahagiakan?
belajarlah bahagia dengan diri sendiri

Mahu diterima apa adanya?
hargai diri ; lebih dan kurangnya diperhalusi

Mahu mencintai?
penuhkan hati dengan cintaNya sebagai titik mula

Mahu dicintai makhluk?
jadikan dirimu dicintai Tuhan

Mahukan perkara baik datang kepadamu?
keluarkan yang baik-baik kepada sekelilingmu

Apa yang kau tanam, itu yang akan digali  :)

*hatiku tak henti bergetar; bidadariku sudah disunting. may ALLAH ease you dear :)
*masih mencari titik mula~
*mari mengisi diri~ dear passion, i'll pursue you ~

Wednesday, 13 November 2013

Peluang

''As we get older, our hearts get darker''
-Dr Faisal

Pahamkan ayat ni, literally dan metaphorically.

Histology dah bagitau, lipofuscin pigment accumulates with age. Sebab warna dia brown, jantung kita makin lama makin brown, dan lambat laun fungsi mula kurang.

Agama bagitau, kanak-kanak itu fitrah. Suci. Dan mukallaf itu sifatnya berbuat dosa. Dan dosa itu titik hitam.
Sehari setitik, lama kelamaan hitam jua sang hati. So logic is, as we get older, we sin more, our hearts get darker. Sensitiviti terhadap dosa makin kurang. (T.T)

Situasi literal tak dapat diubah.

Tapi hati hitam versi metafora, mujurlah boleh disental tompok hitamnya.
Dia masih beri peluang untuk itu.

Syukuri. Dan hargai.

*Malam 10 Muharram.
Antara malam YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA.
Semoga Allah perkenankan segala doa dan permintaan.- credits 

*asyura
*jalan pulang masih terbentang :)

Sunday, 3 November 2013

Istimewa

Dibeleknya helaiankerja excel.
Mata dikejip-kejip cuba mencerna.
''Kadar lulus : 86%''
-milik keluarga lebih berusia
Berkali mengerling;
angka masih sama

Beralih ke helaiankerja seterusnya.
Milik keluarga.
''Kadar lulus: 73.8%''

Dia sedar,
Dia bermain dengan angka;
yang tiada di sebaliknya penipuan.

Bingung.
Apa yang tidak cocok.
Lojiknya semakin berusia;
Beban bertambah,
Neuron kian ternyahfungsi;
angka itu patut berkurang.
Sebaliknya berlaku.

Perah otak, namun
Titisan idea tidak juga jatuh
Akan kenapa keluarganya itu
Dalam aspek ini sedikit terkebelakang.

Mungkin kawan-kawan kurang saling mendoakan.
Mungkin ini ujian.
Prioriti mungkin pincang.
Bahana mainan berlebihan adakah boleh disalahkan.
Mungkin juga dosa orang sepertinya itu menjatuhkan.

Entah.
Tiada jawapan.
Biar saja didiamkan.
Anggap ia keistimewaan.
Yang terlindung balik kelabunya awan.

Dimohon pada tuhan,
kurnia Tuhan datang menyelamatkan
dan keluarganya perlahan-lahan menapak
tiada siapa akan ketinggalan.

Tuhan, biar mereka harungi lautan ini dengan jiwa besar~


Friday, 1 November 2013

Sixth Sense

Bismillah.
This one's for me.
Hope all the lessons you learnt will never be forgotten.

Hanim turun dari rumah untuk membeli barang, kemudian hasratnya ingin lepak di rumah kawan. Siap membeli, dia lalu di tepi tempat lepak kucing-kucing jalanan yang comel-comel, juga tempat parkir kereta

Seperti biasa, dia tak lupa mengorat kucing-kucing yang ada, dengan harapan mereka akan mengiau balas (gagal seperti biasa.) Matanya terhenti pada seekor anak kucing kecil di tepi tayar kereta. Comel, senyap dan comot. Agak-agak dia lapar tak? Monolognya.

Dia cuba tinggalkan si comel itu, terus ke destinasi seterusnya. Tapi gagal. Hati rasa tidak sedap. Maka dia berkira-kira pula , nak bawa naik rumah / bawa susu dari rumah, bagi dia? Dia pilih yang kedua, takut si comel liar mahu cakar.

Cepat-cepat dia lari naik, turun kembali bawa susu, cari mana kucing. Luruh jantung, paru-paru Hanim.Baru berapa minit dia pergi, si comel telah dilenyek, segala isi perut terburai. Mungkin pemandu kereta cuba halau, tapi tiada hasil. Si comel mungkin sakit dan tidak kuat bergerak.

Diletaknya susu dengan hati hancur, kemudian ternampak anak kucing dan ibu kucing iras si comel. Mungkin keluarganya.

Moodnya terganggu. Dan dia berfikir, naluri aku kuat untuk tolong makhluk itu. I shouldn't have hesitated to do good things. Dan fikirnya lagi, ajal itu sangat tepat, ia tidak menunggu siapa-siapa. Mungkin saja kalau aku dukungnya ke rumah, ia akan mati di tanganku. Dan juga kita takkan pernah tahu, bilakah momen terakhir kita bersama orang-orang sekeliling kita. Mungkin kita pergi dulu, mungkin juga mereka mendahului.

Dan sepanjang jalan, otaknya masih ligat, penuh tanda tanya. Pastinya, dia takkan lupa pengajaran dari si comel itu.

Petangnya, Hanim lihat badan si comel telah dialihkan ke tepi. Maaf dia tidak cukup kuat untuk itu.

*In loving memoirs of all alleycats and dogs, and orang yang selalu bagi makan hampa*

Sunday, 27 October 2013

One Day You Will


You feel like you're falling backwards
Like you're slippin' through the cracks
Like no one would even notice
If you left this town and never came back
You walk outside and all you see is rain
You look inside and all you feel is pain
And you can't see it now

[Chorus]
But down the road the sun is shining
In every cloud there's a silver lining
Just keep holding on (just keep holding on)
And every heartache makes you stronger
But it won't be much longer
You'll find love, you'll find peace
And the you you're meant to be
I know right now that's not the way you feel
But one day you will

You wake up every morning and ask yourself
What am I doing here anyway
With the weight of all those disappointments
Whispering in your ear
You're just barely hanging by a thread
You wanna scream but you're down to your last breath
And you don't know it yet

[Repeat Chorus]

Find the strength to rise above
You will
Find just what you're made of, you're made of

[Repeat Chorus]

One day you will
Oh one day you will

*redundancy ekceli bila post lyrics video dgn lyrics sekali. tapi takpa lah~

Friday, 18 October 2013

Rebiu buku

bismillah.
salam jumaat.

rasa terpanggil nak buat rebiu buku ni, sebab buku ni sangat best.
''Scientific Miracles in The Ocean and Animals'' by Yusuf Al-Hajj Ahmad, terbitan Darussalam.



1st kerash kat buku ni sebab ada perkataan ''animals'' tu --'

ni rebiu part Animals, Ocean punya tak baca lagi :p

kita selalu kaitkan tabiat binatang sebagai naluri dan sifat semulajadi dia kan.
kita kata ALLAH yang buat depa, tapi kita tak nampak hikmah penciptaan depa macam tu.

sebelum saintis2 jumpa the so-called-findings ,
eg.

kenapa lembu ada 4 perut , dia makan cepat dan dia luah balik makanan untuk dikunyah ?
: sebab dia haiwan mangsa, so dia perlu makan banyak dengan cepat, simpan makanan tu utk digest lepas tu.
kalau dia makan lambat, dan kena lepak lama2, mesti la singa rimau senang tangkap dia.

kenapa sistem pernafasan serangga cuma tiub2 pernafasan, bukan lungs macam kita?
: to limit the insect's growth and size, kalau ada lungs, depa boleh jadi besar cam dinosaur dan pupuskan manusia.

dan macam mana ratu lebah boleh tahu jantina telur2 yang dihasilkannya, sehingga dia boleh asing telur2 tu ikut jantina?

ayat ALLAH ni dah jawab suma soalan tuh:

''Dia (fir'aun ) berkata, ''Siapakah tuhanmu berdua wahai Musa?''
''Dia (Musa) menjawab, '' Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan bentuk kejadian kepada segala sesuatu, kemudian memberinya petunjuk''

Taha : 49-50

''memberikan bentuk kejadian kepada segala sesuatu, kemudian memberinya petunjuk''
ring any bell?
Allah yang bagi petunjuk kat haiwan2 supaya buat apa yang depa buat.

another point.

''According to Darwin's theory of natural selection, living beings think only of themselves and are selfish''

tapi lojikkah teori ini utk diaplikasikan kat bapa penguin yang jaga anak dia berbulan2 sampai menetas tanpa makan minum?
dan ibu bapa burung yang ulang alik beratus kali untuk suap anak mereka makan?

sudah tentu Darwin salah. yang ilhamkan sifat berkorban dan kerjasama buat makhluk2 ini hanyalah Dia.

komen Kenneth Walker, saintis dan penyelidik perubatan dan fisiologi yg pi safari kat Timur Afrika tentang kerjasama antara binatang,

''The strangest example is the cooperation between the rhinoceros and the bird that perches on its back and picks up the parasites on its skin. Every time the birds sensed my approach, they made a certain noise which alerted the rhinoceros, and when the animal begin to flee, the birds remained on its back, riding it like a shaky train.''

animals are great. we should learn from them lots of essential stuff.

kata Isaac Newton, ''There can be no doubt about the Creator, because this great variety of beings and what it contains of order and the means to survive, and adaptation to others and to time and place, could not have stemmed from anything but the One Who is All-Wise and All-Knowing.''

cukup kot setakat ni. buku ni osem dan sangat sesuai jadi rujukan nak jawab soalan budak2 kecik banyak mulut yang anda tak terjawabkan ; kenapa begini dan kenapa begitu.

semua ayat dan idea entri ini bersumberkan buku di atas. kalau ada salah, mungkin khilaf aku masa pindahkan ayat2ni.

semoga bermanfaat~

*patutnya tengah baca buku 3rd year kot la ni T.T*
*btw buku ni ada kat aku la ni, tafaddhal kalau nak pinjam*