Saturday, 7 December 2013

Kepala


Bismillah.
Topik kali ni ialah pengajaran daripada badan.
Dalam badan kita banyak keajaiban
Ada yang sampai sekarang tak terungkap

Antara keajaiban tu ialah pacemaker jantung kita iaitu SAN (Sinoatrial node).
ALLAH buat Inche SAN ni boleh depolarize diri sendiri lepas setiap action potential.
So dia akan depolarize diri sendiri sampai jadi action potential seterusnya.
Proses ini berulang, dan jantung kita kekal berdenyut selagi belum ajal.

Maka SAN ini kira ketua kepada setiap contractile and conducting cardiac myocytes.
Maestro kepada orkestra jantung.

Apa jadi kalau ada tempat lain atau kumpulan sel lain nak jadi ketua jugak?
Masing-masing nak bagi arahan sendiri?
Cardiac myocytes akan jadi pening kepala taktau nak ikut arahan mana.
Last last semua pening , contract suka hati, relax suka hati.
Darah tak dapat dipam dengan baik.
Jasad derita.
Paham cerita?

Maka kita boleh umpamakan ketua kita macam SA node.
Kalau dalam organisasi tu, kita sbg orang bawahan takmau ikut ketua, nak buat kepala tau; rosak organisasi. Gerak kerja dan matlamat takkan sampai.

Dalam Islam pun ada konsep ''Dengar dan taat''
Dengar dulu arahan ketua,dengar membuahkan faham, kemudian taat.
Bukan taat melembu pekak tanpa faham.

Sebagai orang bawahan juga takyah la ''kelitin'' cari salah ketua sangat.
Kalau obvious sangat salah tu tegurlah dengan baik.

Ostad kata, sifat suka mengkritik dari bawah/dari luar , tanpa masuk medan juang ialah sifat Yahudi.
Asyik post pasal kezaliman Yahudi, boikot Israel ; tanpa sedar Yahudi sebenar ada dalam diri T.T
Pedih kan?
Suatu hakikat yang harus diterima pemberontak kepala batu macam aku.

Ketua dipilih untuk memudahkan,
maka tak dapat semua, ikutlah sebahagian bentuk-bentuk pertolongan yang mereka hulurkan.
Supaya hujung nanti kita tidak menyalahkan; ''Salah ketualah saya begini, saya begitu''

Sekian leteran baku.
Benda ni dah lama hurung kepala macam lalat hurung org masa winter.

No comments:

Post a Comment