Azan subuh kedengaran. Jiji bergegas ke tandas utk bersuci. Selesai ; dia mengejutkan kawan serumahnya yg lain.
Seorang sahaja yg belum dikejutkan, Mimi. Mimi tidur dgn bilik berkunci. Hanya mampu dibuka dari dalam.
Jiji mengetuk dan memanggil2 Mimi.
Tiada balasan. Mungkin dia uzur, getus Jiji. Tiada daya utk mengejutkan Mimi kecuali dgn memecahkan pintu bilik.
Dia fikir itu belum perlu.
Inilah senario harian. Jiji dan rakan serumahnya yg lain seakan tidak tahu apa yg berlaku dalam bilik itu.
Pintu dibuka cuma bila hendak makan dan ke tandas. Selainnya terkurung dalam bilik itu dengan lampu terpasang 24 jam.
Suatu hari Jiji mendapati seekor lipas berkeliaran, lincah berlari. Hampir tercabut jantungnya ; sangkanya, dia telah membiarkan rumah kotor hingga dimasuki lipas.
Hari berikutnya ada seekor lagi dekat peti sejuk. Yg semalam sudah dibunuh. Jiji dan rakan lain mencuci peti sejuk. Bimbang lipas cuba menceroboh. Mimi seperti biasa berkurung.
Suatu pagi, sedang Jiji menyapu sampah, dia tersapu seekor lipas mati dekat luar pintu bilik Mimi. Tahulah kini dari mana datangnya lipas itu.
Terjenguk ke bilik Mimi sesekali, dia rasa simpati. Jiji tahu Mimi pernah beritahu.dia tiada semangat teruskan medik. Dia rasa terbeban dan mahu undur. Kelihatan Mimi sudah hilang semangat utk hidup sama sekali. Segala-galanya tentang Mimi tidak terurus. Dia hanya tampak normal di kuliah.
Jiji masih terpana dan tidak tahu apa penyelesaiannya. Salahnya juga tidak bersungguh mencairkan benteng dan pintu yang ada. Yang ada di kepalanya cuma satu ; ingin dikopaknya pintu bilik itu.
#Tinggal jauh daripada keluarga, mari lah membina sokong dan pancang agar tidak rebah.
Sungguh, aku benci segala dinding dan pintu yg membelenggu dan mencipta zombi2.
Hiduplah seiring usia. Jangan mati dahulu.
Cerkon, yg mungkin ada kaitan dgn sela-sela kehidupan.
Dalam mengejar kejayaan, ada perkara yg kita telah korbankan.
No comments:
Post a Comment