Mohon diri mengulang baca setiap kali.
Watak campuran ada bau-bau bacang dengan alam realiti.
Laila tersenyum kucing. Kekasih hati baru saja mengungkapkan sayang kepadanya. Lantas kaki menapak ke bilik sebelah. Mood baik serasa mahu bergebang sekaki dua dengan ahli beit.
Dilihatnya kedua-dua mereka berkumpul, ada aura aneh. ''Result dah keluar, Lailaaa'' . Ah sudah. Jantung di atas treadmill. Imah teman serumahnya menggumam sesuatu ; ingin mengetuk kepala budak-budak pandai yang suka buat saiko orang, padahal mereka yang scorer.
Laila segera menyemak halaman pdf result. Alhamdulillah ini rezeki. Kalau ikut usaha, separuh ini pun dia tidak layak. Akan tetapi dia jatuh sedikit. Tetapi itu kiranya lebih baik daripada rakannya yang dhaif semua mata pelajaran.
Hela nafas. Jiwa stres tapi perbuatan tiada mahu mengakui. Dibukanya laptop, dicabut bateri dan disambungkan wayar. Butang hidup ditekan. Jemari ligat menaip siri Good Doctor dalam laman filem dan drama Korea. ''Ah cerita ini sedih. Kesiannya abang dia mati'' Laila menggumam.
Terus lah dia menonton berganti episod. Tidak sedar rakan baiknya Lida datang menjengah dari rumah sebelah. Maka dilayannya Lida bersembang dan menganalisa keputusan. Si polan ini jatuh dan si polanah ini naik mencanak bla bla bla.
''Kalau kita usaha dari awal, mesti result kita Imtiyaaz kan'' Laila mengandai. Akunya, dia bukan tidak pandai, cuma dia malas. Lida hanya mengiakan. Setelah kebas berganti kejang, Lida minta diri untuk pulang.
Laila terus menonton. Tertipu. Usaha kecil harus dimulakan saat ini. Bukan mengumpul gunung untuk diulangkaji pada saat-saat hampir mati.
Hari berganti hari, minggu ulangkaji tiba. Untuk peperiksaan akhir tahun. Macam sekolah menengah ya sistem universiti Laila ni. Laila gelabah biawak. Buku MCQ suci tidak dinodai. Buku teks belum lunyai dikaji. Dia tertekan maka banyak masa terhabis; dia tidur. Bangun tidur dan menyedari masih banyak tidak terusik; dia memencil diri. Ahli beit tidak disapa.
Maka indah anganan dari rupa. Dia ulangkaji jua, tetapi sayangnya kerana terlalu tertekan, otaknya tidak menerima sepenuhnya suapan-suapan minda. Represi. Tapi dia tidak sedar itu.
Hari peperiksaan pun tiba. Semua tiba bermuka ceria, aura bersedia memancar. Itu cukup buat Laila cuak.
Dia menjawab sekadar tahu, sambil menyumpah-nyumpah diri yang tiada habis ulangkaji. Harapannya mahu buat terbaik untuk kertas seterusnya.
Kalian boleh bayangkan bagaimana seterusnya. Masih di takuk lama. Dan keputusan diumumkan. Laila kecundang lagi. Dengan suara berbau kesalan, ''Kalau lah aku usaha dari awal, mesti aku boleh dapat elok lagi''.
Moral :
-Urus lah stres dengan bijak. Jangan mengambil masa terlalu lama melayan nasib diri dan tekanan dihadapi.
Bangkit dan hadapi dengan cekal hati.
-Mulakan usaha kecil dari sekarang. Kerana sedikit-sedikit jikalau dikumpul akan membentuk bukit. Bukit itu boleh runtuh menghempap pada bila-bila masa.