Friday 21 December 2012

tipikal

sebelum tulis, *tengok kiri kanan dalam bilik*
*blink2*
ada sampah?
rambut merata2?
bulu kucing terapung2 di udara?
habuk setebal 2 inci atas lantai?

*sniff2*
ada bau sampah terkuap 2 3 hari tak buang?
ada bau pinggan dan makanan basi dalam sink?
adakah peti sejuk berbau tengik seperti urine yg ada acetone?

lantas hati berkata,
''ala relaksla, standard la rumah budak medik camni, kitakan busy study''
''habuk ni bukan sebab aku malas sapu kay, Mesir memang berhabuk kay''
''sampah tu bukan aku yang bertugas buang, orang lain.. biar la dia buat''
''pinggan tu bukan aku guna, ahli beyt ni ha malas benor basuh pinggan sendiri''
''kawan aku yg bagi tumpah budu dlm peti, biarla dia lap''

letak tepi jap pasal rumah..
*nak keluar rumah*
*bersiap2, spray minyak wangi..fuh semerbak harum*
baju mau iron sampai tajam, lendit*
bedak, foundation 4 inci
tudung mau 'jadi' comey
tudung tak 'jadi' tu tandanya pemalas, comot katanya
katanya ''Rasulullah tu kemas orangnya, jadi kita pun kena kemas la''
bila kemas , barulah konfiden nak cakap depan orang
jaga imej tu penting

hoooooiii, hang ingat Rasulullah tu kemas semata2, tak pembersih???
kome ingat kemas tu saja sifat terpuji??
rumah jadi sarang virus, sarang bakteria tak kisah pulakkk !!!

arghhhhh, ini memang pathetic,
bakal doktor yang pengotor,
bakal doktor yang tak sensitif,
bakal doktor yang tak observant..

berubahlah diri~

semoga kita semua diberi kerajinan T.T

Monday 17 December 2012

alam nyata

tuhan
hikayat laila majnun yang tertib
cinta gadis perawan
asmara dara pingitan
rupanya sedang berputar
dalam lingkung hidup
dia sang sahabat

dalam ribut imtihan
puting beliung dalam skala cawan
cemburu menekan
fikiran mendesak ingin sang teman
akal letaknya di mana hai insan??

kau dan dia bukan lawan
dia itu disayangi
atas peribadi luhur murni
manis rohani dan emosi


kau bergelumang arang
ruang lingkup akal tak seindah pandang
semuanya, argh pada semua ada lubang
lompong, kosong, kelumpang


berteman itu bukan solusi
campurgaul bukan jalan keluar
janji tuhan
kalau kau taqwa
Dia pasti buka jalan
anugerah tak disangka pasti tiba
barangsiapa tawakal
nescaya dicukupkan
kerna Dia pengatur urusan
dan Dia pemilik ketentuan

bukan pernah kau dengar dulu
bahawa yg terkemudian
jangan kau dahulukan
takut-takut kau terus kehilangan
mati beragan

yang utama biar terus aula
yang melukut biarkan di tepi gantang
yang biasa betulkan
yang betul itu mendarah daging

tuhan suluhi perjalanan
moga tiada tersadung akar nafsu menjalar
tak rebah dipukul taufan cetusan syaitan
sungguh padaMU ku gantung harapan :'(

Thursday 13 December 2012

bahagia

ignorance is bliss...
kadang2, tak tahu sesuatu tu lebih baik daripada kita mngetahuinya~

moga aku kekal dalam bahagia ni sampai masa tertentu :)
sedang mensyukuri nikmat sihat setelah lama nikmat tu ALLAH tarik balik seketika..

Friday 7 December 2012

melayang

bismillah..
musim exam dah masuk so officially mood hari2 ialah homesick..
makanya fikiran akan selalu terbang ke malaysia, ke negeri xx dan kg yy..

fikiran terbang, hinggap pada perbualan aku, mak dgn adik di meja makan lepas bulan puasa...



mak = raya2 ni banyak kes denggi, bulan puasa hari tu sikit kes denggi..tak la banyak sangat kerja nak buat kat pejabat...

aku , adik =oowh

mak= cuba teka kenapa kes denggi kurang waktu bulan puasa, banyak balik waktu raya?

aku, adik = err taktau (muka blur)

mak= klu.cuba relate dgn waktu nyamuk aedes gigit?

adik = hah! dapat jawapan.. nyamuk aedes gigit waktu subuh dgn maghrib.. waktu maghrib tu orang buka puasa dalam rumah ..jadi tak kena gigit nyamukk..

mak= ya , betul ..bila lepas ramadhan, yg suka melepak tepi jalan maghrib2 tu sambung melepak,kena la gigit nyamuk..dapat denggi

aku = oowh... dalam hati malu sebab aku yg medic student tak mampu jawab,adik aku dgn mantopnya mjawab.. sungguh otak aku telah dikaratkan oleh syibsy yg banyak..

okeh, post ni sungguh tak bertema,yg pasti aku sangat2 nak balik msia..moga ALLAH permudah ameen..
mak tunggu anakmu~

Wednesday 28 November 2012

random

everytime you see women or girls with  short scarves
girls with trendy skinny jeans
girls with body fitting blouses
hold your mind from prejudice

you never know when they,
the one with dresses you think not properly covering
they are the ones with better deen conscience

these things happen
and i've seen it umpteen times
that those who dress properly
their ibadah is not so decent as they seem

while those dressing with the latest bodyfiting trend
are the ones most concerned with jamaah prayers
are the ones waking up earliest for fajr prayers
are the ones who have finished their 'ganti puasa' earliest
good in chores
keeping their house shipshape
even respects people the most
only their dress make they seem the worst

meanwhile, those claiming modest girls
dressing as pious saints
just to look good in front of those guys
well, men loves them alright
their decency defeat those of the angels'
those are the ones missing fajr prayers
those are the lazybones
live in a dirty house
sleeping in lectures
its just that their lengthy veils make them angels

thankfully this is not a condition for all of us
none of us is in constant misconduct
we are always correcting ourselves
each day is better than the other insyaALLAH

ALLAH please help us not to be fitnah for Islam
and guide us Your way
and cover our weaknesses and shortcomings
for we are weak
and You are The Most Powerful :')

p/s : specially dedicated for meself.. T.T headshot, huh?

Thursday 15 November 2012

oh kawan~

bismillah...

suatu hari yang indah, aku dengan kawan2 pergi ke markaz bahasa arab macam biasa..

macam biasa , cikgu sangat bersemangat mengajar, kami pun bertambah2 semangat mendengar dan berbual, tambah2 topik muhadasah pasal kahwin2, ciri2 calon suami dan isteri
haii jawab biochem tak lepas dah pikir kawin ... 

cikgu tinggalkan kami untuk buat latihan sendiri..
cikgu keluar kelas dan bercakap2 dgn sekumpulan budak yg ambik kelas arab jugak

aku tengok ja dari dalam kelas..
dalam hati kagum sebab diorang rajin ambik kelas arab walaupun sibuk

then, cikgu masuk balik, dan mula cerita pasal grup tadi..
kata cikgu '' grup ini ialah grup yang paling malas kat markaz ni''
''selalu bagi alasan tak dapat datang kelas, tapi tak pernah pulak setkan masa yang baru untuk ganti sesi yang  terlepas tu''

''ini antara sebab kenapa guru2 markaz lughah lain tak mau ajar student malaysia, sebab kalian tak mampu bagi komitmen penuh kepada kursus''
''student perancis, amerika kalau ambik kelas bahasa, sesi mereka boleh jadi 8 jam sehari, seminggu 33 jam etc padahal student malaysia hanya 6 jam SEMINGGU''  T.T

''sepatutnya kursus boleh habis dalam masa seminggu, dan pengajar akan dapat 500 cthnya utk seminggu, tapi dengan pelajar malaysia, kursus habis dalam masa 2 bulan, dan bayaran yang sama kami dapat utk 2 bulan (sepatutnya dgn student lain, kami blh dapat lebih byk dari tu utk 2 bulan)

''bila pelajar selalu tak hadir esp cancel last minute, guru yang dah hadir terpaksa pulang ke rumah tanpa kerja dan gaji''
''jadi pihak markaz terpaksa bagi jugak gaji untuk guru tu walaupun dia tak sempat ajar pun''

selesai kritikan dan penjelasan cikgu, cikgu sebut pulak satu grup lagi
''ada grup pelajar tahun X macam kamu jugak, ahli2nya sangat4500000x lah hebat, mumtaz, jaiyid dan sebagainya, moga ALLAH menjaga mereka''
kami mendengar dengan mulut ternganga tak sempat tutup kerana kekaguman teramat sangat dekat adab dan motivasi grup istimewa ni...

dan pagi ni, aku dapat tahu grup special ini juga turut mberikan ole2 dari Malaysia buat pengajar mereka itu..
MasyaALLAH... aku memang tak dapat tahan rasa kagum dengan adab mereka2 ini..(moga ALLAH mbantu mereka..)

bandingkan 2 situasi ini, kawan kau dimarahi depan kau/ dipuji depan kau??
yg mana kau pilih?

isi yang aku nak cakap ialah

1) aku tak suka dengar kawan2 aku kena marah/ guru tak puas hati dekat mereka depan aku.. ia satu benda yang menyedihkan.. aku tak dapat bayangkan kalau guru marah aku depan orang lain..
jadi, jom lah sama2 beradab dengan guru kita hukhukhuk :'( aku sedih sungguh

2)adab dengan guru ni sumber keberkatan ilmu.. sekali lagi aku sungguh tak layak cakap pasal adab :/

3) kita jangan asyik mendakwa urusan dgn orang arab ni menyusahkan la, arab ni tak tepati masa laaa, arab suka menipu, kaki kelentong dsb.. sebenarnya itu ialah ''projection'' daripada sikap kita sendiri..
(kita yang tak tepati masa, kita salahkan semua arab tak tepati masa :'( ) tengok, even arab sendiri tak suka berurusan dengan kita yg berperangai hodoh ni..hukhukhuk *menitis air mataku kerana perangai busukku*

4) kita sangka kita sibuk, tapi sebenarnya orang lain jugak sibuk dan mereka tetap cuba peruntukkan masa untuk kita.. Rasulullah sendiri bahagikan masanya kepada 3 bahagian, sebahagian utk ALLAH, sebahagian utk keluarga, sebahagian untuk diri sendiri..dan sebagian untuk diri nabi, nabi bahagikan pulak untuk dirinya dan orang lain.. (nasihat ni lebih dikhususkan untuk aku woowoo :'( )

5) كاد المعلم أن يكون رسولا
hampir2 seorang guru itu tarafnya menjadi seperti rasul..
hukhuk, aku selalu lupa fakta ini dan jugak fakta satu lagi : ''ulama' ialah pewaris para nabi''

6)tanggungjawab kita banyak, jadi pandai2 uruskan masa *dush, bertambah lagi benjol dahi*

7) aku respek dan sayang semua kawan2 aku , jadi jom sama2 perbaiki diri selalu :')

minta maaf , aku tak berniat nak mengguris sesapa dengan tulisan ni..
tulisan ni lebih kepada teguran untuk aku yang banyak salah, mana yang bermanfaat ambik, yg tak bermanfaat,aku pohon maaf sekali lagi T.T


Tuesday 13 November 2012

si gemuk bulu kelabu

ada apa2 untuk aku?

ngiau di muka pintu
saat pintu kubuka
terjengul wajah merayu
mata kuyu, sihat berbulu kelabu

''berilah aku sesuatu''
aku erti sinar matamu
lantas kucapai kotak susu
mungkin ini rezekimu
setidaknya akan kuberi juga
walau tulang dan sisa

si gemuk ini menjentik memori
pita hati  bermain
terhenti pada wajah tua
yang acap kuterjumpa di jalan
pergi dan pulang pengajian

luarannya si tua itu kurang menyenangkan
habuk di pakaian setara habuk jalan
tapi raut wajah itu ada tenang
di sisinya anjing-anjing jalanan
kucing terbiar di ribaan

alangkah, mulianya hati ibu tua itu
alangkah tinggi darjatmu
duduknya kau di situ
bersama sebekas air bening
menghilang dahaga sang anjing
mengalas perut si kucing

terkadang dia menyapa
kubalas senyum berbunga
aku jadi hiba
aku yang mengaku punya rasa
tak endah pada binatang melata

sedang kisah pelacur yang masyhur
diampunkan dosa-dosa terlanjur
kerana mengambil air dari sumur
buat si anjing melepas haus

hai si gemuk bulu kelabu
selalulah mengunjungiku
kerana aku tak tahu
mungkin doamu penyelamatku
bila sampai saat itu....


Monday 12 November 2012

reunited

:) tema hari ni ialah happy, gembira, on cloud nine, elated dan yang sewaktu dengannya


dah lama tak jumpa pujaan hati
dah lama tinggalkan dia
dia pun makin lari dari ingatan aku :'(

jadi hari ni, hari pertama aku kejar balik dia :)
permulaan yang bersemangat ! ayuh maju lagi, terus kenal dia

moga dengannya, aku dapat redhaNya ...
tq ahli-ahli beit misali...

label lah aku menunjuk atau apa
tapi sungguh aku cinta dia


Sunday 11 November 2012

hati itu mengingati

selalu dengar ayat : ''dalam hatiku cuma kamu''
''kau buah hatiku''
ayat ni selalu buat aku terfikir dulu-dulu, hati tu letaknya di mana?
ke hati yang disebutkan cuma perlambangan semata-mata?

baru-baru ni Profesor yang disegani ada cerita satu kisah
tentang seorang lelaki yang menjalani pemindahan jantung daripada seorang yang baru meninggal dunia
pemindahan berjaya, hidupnya seperti biasa
namun setelah beberapa ketika, timbul dalam dirinya minat untuk mendaki gunung..

padahal, sebelum ni dia bukanlah pendaki gunung setia mahupun ternama
bila disiasat, terjumpalah hujung punca
rupanya sang penderma jantung
kerjanya setia sebagai pendaki gunung..

jantung si pendaki masih ingat akan memori pendakian
jadi mahu terus mendaki puncak
walau dalam jasad yang baru

cerita ini walau bunyinya tiada isi
mampu buat aku fikir berkali-kali
sungguh anggota itu terkesan dengan perlakuan tuannya
kalau terkesan dengan yang baik, baiklah ia
kalau terpalit kotoran sekian lama, sucikan ia
jangan biar punah akhirnya

kalam guru tentang hati dan anggota :

''bila hati baik, ia akan membaikkan anggota,
dan bila anggota baik, ia akan terkesan pada hati...
maka keduanya saling melengkapi
jika kau terjatuh je jurang maksiat
tariklah dirimu,jiruslah dengan amalan juga taubat
jaga hatimu kerana kau tak akan pernah terlambat''

moga Dia menetapkan hati kita semua dengan kebaikan
seperti jantung si pendaki
yang utuh menyimpan memori...

Saturday 10 November 2012

gagah

kau wanita perkasa
dari titik mula hidup
erti senang tak pernah kau cerna
kerna peneman citamu cuma payah

muda hingga tua usia
kau tulang belakang keluarga
belakangkan keinginanmu
pentingkan apa yang perlu
buat tersayang yang sedia menunggu

sekian lama berpura
jadi superwoman keluarga
ujian Tuhan tiba tak terjangka
sihat dan muda ditarik jua
tubuh hilang daya
tenaga jadi seperdua

tapi kau masih sama
kekal superwoman keluarga
berhabis segala tak pernah berkira
''aku susah tak mengapa''
''yang penting mereka tak derita''

superwoman itu
mengundang tandatanya
bila mana disapa  mata-mata
''kolot benar dia, tak pandai bergaya
fesyen hambar tak menarik mata ,
persalinan diguna sejak muda
malah tak seanggun rakan seusia''

dia hanya bersahaja
tanpa siapa mampu meneka
beban terpikul di pundaknya
bukan kudrat siapa-siapa

sang perkasa ini
asbab aku perlu berjaya
jadi manusia berguna
insan hebat sepertinya
jaga nama baik keluarga
terhutang budi tenaga jua masa
sampai masa kubalas akhirnya

superwoman ini
yang di bawah telapak nya
punya syurga
moga sampai aku memasukinya!

p/s : tribute to all superwomen in our lives ~ :'(
hoping that we appreciate them more and more each day
may ALLAH bless you the best ~

Friday 9 November 2012

hiasan

bila sebut hiasan, apa yang tergambar dalam kepala?

bunga?
renda2 segala?
barang kemas?
alat mekap?

hew3 semua nya ada kaitan, tapi tak sama dengan apa yang aku nampak :
bidadari dunia

hidup dalam suasana bumi anbia'
aku bersyukur amat,
dapat hidup dalam kalangan bidadari
mereka bukan hanya cantik jismi, budi pekerti juga diperhalus teliti
kebaikan hati terpancar pada diri

anak solehah itu sudah pasti,
pelajarannya tidak ditolak tepi

pendidikan agama mereka ambil berat
hafizah kalamNya tak kurang hebat

ilmu kemahiran mereka kuasai,
masak, jahit, kemas, urus
sukan ukur kira multimedia

hidup bersama sejak mula,
seorang demi seorang bidadari
menjelma depan mata
kamu pun cuba
carilah mereka
nescaya akan berjumpa

sungguh bidadari syurga, cemburu pada kalian~
moga Kau  izinkan aku
terus hidup bersama bidadari
biar aku pepatung di dunia ini

tribute to all bidadari around me, may ALLAH bless you all :)

Thursday 8 November 2012

serat + sabut = serabut

alkisah aku manusia tak pandai bahagi masa
diberi pula amanah tak terdaya

cemburu tengok pimpinan kemas bergaya
sedang aku masih teraba2 lihat dunia

kuliah berakhir hampir senja
kandar di bahu menuntut masa
maka Lowrate voip sepi terbiar saja
keluarga ibu bapa entah ke mana
ahli beit kupandang sebelah mata

kelas agama makin ku tak jelira
bulatan gembira tiada selera

maka campur tolak darab bahagi
jadilah aku manusia tak berhati
kering , kejung tanpa isi

acap tertanya2 bila titik penamatnya
hidup tanpa rasa jua warna
aku buka langkah pertama

kurapati halaqah dan bulatan gembira
kupaksa2 moga mendarah daging meresap ke jiwa

dan Tuhan Maha Kaya tak pernah mensia2
hati gersang jadi basah
pahit iman jadi ranum
putik minda mula matang

moga pasak yang dibina kekal kukuh
tetap utuh takkan pernah rapuh
mampu bangkit biar sekian kali jatuh
kepadaMU Tuhan tak akan ku selingkuh

p/s sungguh aku cemburu kepada sang pemburu waktu ... kerana  masa itu tak pernah menunggu~ kalah menang kita penentu...

istidraaj

alkisah hari ini aku ada exam... dan semalamnya aku tak boleh tumpu baca buku sebab patah hati inche m sudah ada buah hati iaitu che c sejak zaman dinosaur lagi..even aku tak 'lahir' lagi masa tu... kerja bodoh betul huhhh ... :(

jadi hari ni aku jadi gabra , kecut perut serta segala macam senak dan buaya melibas2 perut.. puncanya tak study punya pasal..

masa menjawab soalan, ada 2 soalan yang memang hanya orang tak baca ja akan keliru.. hukhukhuk .. aku lah satu2nya yang tak baca habis tu.. sampai masa cikgu nak kumpul, aku hentam jawab apa ikut serdak ilmu dalam dada aku ni.. ilmu lari habis sebab maksiat  huhuhu...

lepas cikgu kumpul tu, aku terpeleot atas meja utk beberapa saat, then terus aku cek jawapan.. ya ALLAH , betul semua apa yg aku jawab tadi ?!?!?? teka apa perasaan aku? 

gembira? haram..
bangga sebab tak baca tapi boleh jawab? keji gila perasaan ni
rasa pandai? pergi mampus ~
sedih ? ya, tepat sekali...

sebenarnya, situasi ni selalu berlaku kat aku..
dan pada pendapat aku, ianya macam istidraaj (kelebihan yg ALLAH bagi untuk menyesatkan lagi org yg sedia sesat)
uhuk3 :( 

hampir semua kejayaan aku, aku tak usaha sungguh2 pun..
even aku tak study, aku boleh jawab dalam kelas..
even aku marathon movie, aku still ingat apa cikgu ajar
even aku main2 belajar, aku tak pernah fail apa2 subjek dari tadika sampai sekarang 

ya ALLAH , tolong jangan sesatkan aku dgn kelebihan ni :( aku takut

ya ALLAH , kau ampuni dosa2 kami yang selalu lalai dan leka.. dan bantulah kawan2 kami yang tertangguh sebentar kejayaan mereka, dan janganlah Kau palingkan kami setelah Kau beri hidayah pada kami ... :'( ameen...





Wednesday 7 November 2012

realiti vs mimpi

awal sangat ke nak cakap pasal ni?
zaman remaja memang ni la antara topik terhangat

cakap kosong nak jadi isteri terhebat untuk suami  hek eleeeh

suka si dia yang alim bergaya 
tapi diri masih terhegeh2 tak nak berubah

solat jemaah buat tak endah
yang sunat tak da sampai ke sudah

bertudung labuh untuk nampak solehah
padahal jiwa kohong tak da faedah

berpurdah untuk nampak tsiqah
dada lompong tanpa pengukuhan ilmu mahupun akidah

pura2 ayu lagi manis depan teruna
sedang di rumah bak tongkang pecah

cakap berhikmah kalah ustazah
sedang subuh tiap hari gajah pun alah

konon masak sehebat cef ternama
dapur bertikus lalat lipas bersarang kau pandang sebelah mata

konon nak jadi ibu mitsali
adik sendiri kau bagi kaki

mimpi nak anak solehah
mak sendiri kau jerkah2

impi benar nak dididik suami soleh
ayah tegur sikit pun tak toleh

sedar mek sedar~
selagi mazmumah berkarat, melekat2 dalam diri,

tumpukan fardhul muslim
agar dirimu layak melangkah ke baitul muslim

post ini tak lain dan tak bukan untuk aku, saya dan aku jua....

hati cikgu

alkisah tengah hari tadi , cikgu yang baru balik haji masuk mengajar lepas 2 kali kelas tertangguh.. sepanjang kelas, 2 kawan aku asyik bercakap2 (taktau la bincang pasal pelajaran ke apa..)

cikgu tanya : saya perasan kamu bercakap2 sepanjang kelas saya. saya pujuk diri saya yang kamu akan berhenti cakap setiap kali saya nampak kamu bcakap.

kamu tak faham saya ajar ke?

2 orang tu senyap.

then, cikgu tu tak cakap apa dah and sambung mengajar.

tapi aku nampak muka cikgu tu berubah gila..
macam nak nangis pun ada.

aku bukan la orang yang sesuai nak cakap benda2 hormat cikgu ni

sebab aku datang kelas 10 minit lepas kelas mula memang teruk gila

tapi please la diri aku dan kawan2, respek la cikgu tu even dia suka berleter, cakap bersembur alir liur, ajar tak ikut susunan dalam buku  , or apa2 lagi la..

''profesor kita dalam pengajian , sama taraf macam syeikh dalam agama, tapi tak ramai yg hormat profesor macam hormat  syeikh..'' quoted..

kalau pun hampa tak faham cikgu tu ajar apa, ikut dan behave urself, insyaALLAH berkat hormat guru tu ada..

malas nak cakap panjang, aku pun masih perlu jaga adab dgn cikgu tambah2 part datang lewat tu hew3

moga aku dan kamu berubah

p/s : aku pun kena sangka baik dekat kawan2 aku tadi, mana tau depa bincang pasal pelajaran ka...