Wednesday 5 August 2015

untung

bismillah.

a senior said to me, kenapa buat attachment kat ENT? bosan kot. and that word  macam melunturkan sikit semangat aku sebenarnya. sebab senior tu agak disegani.

okay. so tadi pi hospital mencari semangat baru. HOD ENT HSB , Dr Zulkifli (suami Dr Murizah Mohd Zain, if you know her in Facebook or anywhere else) pesan kat MO supaya bawak kami tengok procedures dan tolong mana patut.

so Dr Shahfi bawak tolong dia buat desloughing and dressing. dah tau apa yang perlu ada ; dressing set, scissors, blade ikut kesesuaian, povidone , saline, gloves, mask dan lain-lain yang berkaitan.

pastu Dr bawak masuk  bilik MO dan explain serba sikit keberuntungan kami.
ENT dept HSB ialah the best teaching centre in Malaysia.
well. aku setuju. sebab kat situ ada the whole ward untuk cases ENT saja.
kalau hospital lain, ada 2 bed saja, ada yang 5 bed saja. so tak banyak cases boleh tengok.

dan kata Dr lagi, sebab ENT ni minor posting, kepentingannya selalu diabaikan.
especially kalau masa MO , kita dapat posting ke Klinik  Kesihatan/ Hospital Daerah Outpatient Dept, most patients yang datang ialah kanak-kanak. dan most complaints are ENT complaints.

Dr kata ada MO yang even tak reti guna otoscope, tak tahu normal structure of TM, dan tak reti handle simple ENT cases. lepas tu pi refer simple cases dekat pakar kat HSB.
misi (nurse) marah sebab pakar sepatutnya buat kerja lain macam urus ENT cancer patients .

ya. aku tak reti guna otoscope. sebab kat cairo Dr guna rigid endoscope untuk tengok TM.
Dr Aizam cakap'' lain kali kalau nak pandai guna otoscope, kena keluar kelas''.
kofkof. sentap gilos, nampak sangat belajar kat lecture saja, balik kelas bukan rajin masuk ward ke apa.

pastu dapat bau typical cholesteatoma smell (!) walaupun busuk, tapi mana nak dapat kalau tak jumpa patient kan

ye lah , science tak jatuh dari langit. you have to struggle to get the knowledge. kata Dr Basty dulu sebab budak Malaysia mandom gilerr T.T

overall, i'm glad Allah gerakkan hati Dr Zul untuk terima kami ke situ :) inshaALLAH gonna learn more and more.

macam nak promote kat junior Kedah buat elektif kat ENT sini jaa. at least dapat bekalan ilmu untuk MO phase kalaupun tak berguna untuk HO.

''bila kamu tak tahan lelahnya belajar, kamu akan menanggung peritnya kebodohan''
-Imam Syafie rahimahuLLAH

btw tadi Dr Masaany Mansor, laryngologist yang subspecialize kat Harvard University cakap, stomach pull-up after total pharyngolaryngectomy and esophagectomy kat other ENT centres has 100% mortality. tapi alhamdulillah, kat HSB patient survives after the operation.

and baru tau, the so called secondary hemorrhage after tonsillectomy yang berlaku sebab infection tu, ialah sebab patient tak mau makan.
the importance of eating is to wash out any bacteria sticking to the operated site by food.

sekian, adieu. 

Tuesday 4 August 2015

redbull ?

bismillah.

ini suatu lament. suatu kutukan pada diri.
bahawa kekuatan itu bukan lah bersumberkan usaha kendiri, tapi ALLAH yang bagi.

saudari Nabila Azmi mengatakan bahawa embah beliau ialah wanita tergagah pernah beliau jumpai.
memang. secara umumnya kalau kita bandingkan kekuatan ibu-ibu bapa-bapa nenek-nenek dan datuk-datuk kita, kekuatan mereka pada masa muda sangat hebat (orang dulu tebang hutan pakai kapak dan tulang empat kerat ja), dan sesetengahnya hingga tua, masih tidak luntur.

apakah rahsia terbesar kekuatan ini? pergantungan dengan ALLAH.
hanya ALLAH yang boleh bagi kekuatan tu.

which is why bila Saidatina Fatimah mengadu tentang beratnya kerja-kerja rumahtangga , Nabi mengajarkan zikir kepada anaknya itu. kerana tidak ada yang memberi kekuatan untuk semua itu, kecuali ALLAH.

well. as doctors-to-be, hubungan dengan ALLAH tu kena lagi kuat kan? sebab coming days will be tough. especially for Egypt graduates (!) sobs sangat.

ada kaitan kot quote ni, (''Whoever calls people to Allah by day, must speak to Allah at night. ''
Ustadha Saara Al-Sabbagh.) doktor kan daie bilhal TT..TT

(belakangan ini rasa terlebih sihat, dan terlebih nutrisi. jom derma darah !)

Sunday 2 August 2015

Tadah

Dua tangan dikembang memohon
Niat tulus sayang terhimpun
Moga beroleh rahmat merimbun
Tidak semua lurus jalannya
Tidak semua laluan berturap rata
Yang getir itulah menguat jiwa
Selamat maju jaya

hai :)

assalamualaikum.

just a random sharing of what happened today.
hari pertama posting elektif kat Dept ENT HSB.

intro.
Dept ENT kat HSB ni antara yang tersibuk dan terhebat di Malaysia setaraf dengan HKL.
Dr Azlina, MO grad UKM yang ramah tu bagitau untung lah dapat ENT, banyak boleh belajar sebab banyak kes.
Kes yang direfer dari hospital Penang , Ipoh even Sabah Sarawak pon ada..

ENT Dept ni takda HO, so MO la kena buat kerja-kerja HO.
A surprising thing is, kalau kat mesir takda langsung dr pompuan kat ENT, kat Malaysia banyak ja. Pakar pompuan pon ada.

''ENT ni bidang yang sesuai untuk pompuan''- Dr Azlina.
maybe sebab tak kasar sangat kot.

aku tanya Dr Azlina apa endemic diseases of ENT kat Malaysia, dia kata takda sangat.
emergency cases selalulnya berkaitan larynx. sebab airways kan.

common cancers : NPC for Chinese (sebab genetics and dietary pattern : banyak pickles and preserved foods. Malays pun boleh dapat kalau ikut gaya makan ni , kata Farzana Sahira Ariffuddin . ayah beliau antara NPC survivors. )

kalau kaum india banyak oral and tongue cancers . sebab tabiat makan pinang (betel nuts) dan sirih.
kalau melayu pulak pelbagai lah.

Dr Azlina tanya kanser ENT kat Egypt banyak apa?
aku jawab cancer larynx. ya ya ja..

yup betul. cancer larynx is even the commonest head and neck cancer in egypt..
rujuk link ni link daripada Egyptian Cancer Resources

the most significant patient today is Pakcik Azizan. He got multiple disorders actually.
antaranya uncontrolled DM. Ada acute exacerbation of safe CSOM, complicated by acute mastoditis.
kurus sangat sebab DM kot.

sebelum ni konsep yang aku dapat, complications of OM ni rare sebab kita dah di era antibiotics.
yup, betul rare. tapi common kalau orang tu DM especially uncontrolled. sebab immunity dia lowered (by microangiopathy and decreased leucocytic activity)

i saw Reservoir sign and sagging of posterosuperior meatal wall for the first time. hee :D
pus memang sangat banyak . masa dr buat aural toilet pon tak habis habis.

up next is lesson from speech therapy room. bersyukur dengan nikmat pertuturan. adik kita ka kalau mulut becok bercakap tu layan aja. ada adik orang lain yang 3 tahun  tak boleh sebut ''mama'' ''ayah'' lagi. tak kenal nama sendiri lagi. nak apa tunjuk ja kat mak ayah. tak reti sebut.

also got an applicable example. most dr pompuan pakai sempoi aja. either tudung soft awning/ shawl mudah diiron/ tudung dengan awning keras-yang-dah-rosak-sebab-basuh-mesin-macam-mak-aku. haha. muka pulak cukup dengan nur wudhu. eceh.

tenkiu mak sebab ajar kami jadi sempoi takyah mekap tebai-tebai.

haha. next, if your mom is a career woman, just appreciate her wrinkles, her sunburn and her early freckles.
do not compare your mom dengan mak yang kerja bawah bumbung rumah tak kena UV rays :)
semua orang berlainan :)

sekian untuk hari ini. semoga bermanfaat.
esok kena breakfast nasik sebelum mula supaya perut tak teriak.