Sunday 29 June 2014

Rakit

Alkisah ingin bermudah-mudah di awal hari

Datang ke kelas menurut hati
Guru kurang memikat ayuh kita lari
Kerana tidur di rumah lebih mengisi

Tahu diri tiada kuat ingatan
Buku teks dijeling sekali lirikan
Yang dibawa belajar hanya nota picisan

Dan di akhir masa mula menggelupur
Cari senjata untuk mula tempur

Kenapa aku tak pernah tahu pasal ni
Sebab kau berlagak tak nak bawak dan baca buku teks

Part ni cancel tak
Aku takda dalam kelas time ni

Ya sayang
Ditegur sudah
Kita sudah dewasa
Selamat mencorak hidup

Selamat berjuang
Moga yang buruk dapat dibuang
Dan kembali ke pengajian dengan semangat berperang

Lapar : cahaya

Baca dan sentap perlahan2.

Perut yang kosong itu dipenuhi cahaya dan ilmu mudah masuk.

Perut yang penuh itu kegelapan, sukar dimasuki ilmu.

Maka lojiknya, bulan puasa patut jadi bulan paling produktif utk stadi.

Easier said (written ) than done :/

Mari enjoy stadi sambil puasa :')

Monday 23 June 2014

مشتاقة إليك

Degup debar
Tanda tidak sabar
Hati tak henti bergetar

Mereka yang pergi
kau jemput kembali
Putih suci
Pulang dengan seri

Ramadhan yang pergi
Dan aku masih begini
Noda tak tersuci
Dosa tak terbilang jari

Sepurnama seakan berpura
Baki yang sebelas mencatat dosa
Ah begitu hina
Bila perlu tak segan meminta

Maka apakah kali ini
Aku diberi peluang lagi
Memasuki madrasah mu Ilahi
Menyuci menyental diri
Dengan hati masih berdaki ?

~Dengan muka tiada silu
Meminta dipanjangkan usia
Dapat memasuki ramadhan dengan yang dicinta~

اللهم بلغنا رمضان

Thursday 19 June 2014

Pamit

Rindu
Cuba diusirnya jauh jauh

Di alam mimpi dia melabuh sauh
Besar harapan yang dirindu datang bertamu
Walau dalam mamai hati tetap damai

Akan tetapi yang dicita
Tercapainya tidak juga

Sedar dan menghembus nafas
Kelopak mata dikejip
Yang ada cuma buku sejilid
Menanti diulit

Selamat tinggal rindu

Notakaki:
Pernah tak kau pendam benda2 kecik yang menyakitkan, sampai satu masa, benda tu terlepas keluar tanpa sempat kau tahan2 ?

Wednesday 18 June 2014

REM

Impian 255 mata
300 asal punca 
Semua sedia genggam
Asal sepadan usaha

Kalkulasi
Amali terkandas tujuh
Mungkin sepuluh

Musim sejuk melambai
Tujuh perpuluhan lima selamat tinggal

Ujian bulanan kertas kajian
Musim panas yang menyesakkan
Siapa tahu anggaran kerugian?

Maka impian 255 diubah
Asal lulus sudah hilang mengah

Maafkan aku
Belum cukup kurapati kamu

Tuesday 17 June 2014

Tumpah

Ini ialah post meroyan.
Currently alone and nobody is around to spill to.

Okeh.
Ujian lisan.

Kau dah stadi gila2 dah.
Tapi kau panik orangnya.

Kau xjawab soalan direct dpd dokte.
So dokte pon bagi klu.
Malangnya kau tak tahu klu tu.
Kau rasa macam makin serabut dan makin susah soalan tu.
Kau panik.
vicious circle la en.

Kau cakap tak jelas.
So dokte tak dengar.
Bila dokte suruh ulang, kau panik.
Kau ingat jawapan kau salah.
Dah betul dah ekceli.

Kau satu group ngn dak mumtaz.
Kau cuak.
kau tahu tak, dokte tu tak tahu pun dia mumtaz.
Yang kau nak banding kan diri tu buat apa.
jawab apa ditanya sudah.
Tak semestinya dia boleh jawab semua.
Kau hanya perlu tumpu jawapan kau.

Kawan kau keluar bilik dokte nangis2.
kau gelabah biawak.
Sedangkan kau dah baca ja hampir semua benda.
Nak takut lebih2 sampai gagap2 jawab apasal?
Habis lupa point penting yg dah distadi.

Yang kau yang nangis tu
Lenkali balik nangis kat bilik.
kau nangis depan kawan2 kau tahu tak ramai jenis gabra.
Tersaiko habis suma.

Tapi takpa.
Aku paham xsemua orang kuat nak tahan.
sampai rumah baru nangis.

Hmm.
So bila kau gelabah, kau nak aku buat apa?
Gelabah jugak gagap2 ?
Hilangkan markah aku sendiri?

Penat jadi diri sendiri.
Jom berlakon~

Saturday 14 June 2014

Kafein

Haru biru
Gatal tak berkutu

Pencopet rasa
Argentum ataukah raksa
Emas atau gangsa
Entahlah usah ditanya

Capai latihtubi
Hirup harum kopi
Distraksi

Koktel steroid dan rantaian asid amino
Mungkin ada untungnya jadi robot boleh buat dono

Tuesday 10 June 2014

Pecah

Dilema kepala
Amanah dijaga bersama

Satu anggota sambil lewa
Harta jagaan dipecah selamba

Tiba saat pemulangan
Denda dan ganti dilupa jangan

Haruskah dipiat anggota bersalah
Atau bersama menanggung padah

Pelaku tiada terusik
Sekutu darah menaik

Pada ketua jua terhambur segala -.-

Memang aku takmau jadi ketua dah la kan lepas ni. Arrr why you no pay all denda by yourself.

Or why not me use my own money for this ? (Bajet kaya lah tu)

Hmm

Saturday 7 June 2014

SpongeBOB

Saying to me, you're harsh
Gave me bad influences
You have to know i'm a sponge
Easily absorbing and fragile

Demanded me be exemplary
So that I won't make you all awry

So the culprit acted all dainty
while rattling the doors loose
"I'm a gentle lass, be gentler so I don't take after your bad attitude "

"من شكا من سوء خلق غيره ، دل على سوء خلقه "
Siapa yang mengadu keburukan akhlak orang lain, menunjukkan keburukan akhlaknya sendiri T.T

Am a walking mannequin of bad attitudes? Sobs.

Buruknya akhlak cik kak oi T.T

You can point out my drawbacks and apparently I'm not entitled to do so.

Friday 6 June 2014

Definisi

Engkau mengumumkan bakal dipunya
Ku tumpang bergembira

Akan tetapi ku keliru
Perilaku menafi mahumu

Kiralah sendiri berapa jari
Kerapnya kau mengurus diri

Acap kau tidak membiarkan
Kerjamu orang lain selesaikan

Pinggan yang tidak lepas berendam
Minyak-minyak dapur yang diabaikan

Setiap purnama biru belum tentu
Kulihat kau lincah mengurus baju baju

Tidak mengapa jika hatimu tiada
Tidak mengotorkan sudah berpada

Aku faham mungkin penatmu berganda
Membasuh berak sendiri itu masih terutama

Ahh mungkin aku sekian lama melakar definisi
Kebersihan itu perlu diprioriti

Walhal tiada mengapa jika sekitaran berjelaga
Ia tiada menjamin bahagia

Ohh dan mungkin aku memandang sipi
Bahawa dalam dunia ini wujudnya orang gaji ~!

Akan ku biarkan kau bahagia
Selamat membina keluarga

''A successful mother has happy children and greasy kitchen ''

....layakkah aku berkahwin? Ekeke.
when the parent in me babble...

Wednesday 4 June 2014

Tutup

Sayang perut isi-isikan
Maka lemak berkeliaran
Input melebihi keluaran
Kalori berlebihan

Gemuk itu igauan
Akan tetapi senaman dianaktirikan
Pandangan manusia nomborsatukan
Maka tampil kurus satu kewajipan

Maka pakaian satu-satunya pilihan
Lebih sempit lebih menawan
Lurah dan gunung awan gemawan
Pedulikan, menjaga penampilan satu keutamaan

Apa yang penting, aku nampak langsing.
dan orang tahu aku kurus.

-Si Bacul Pahlawan PapanKekunci

Tuesday 3 June 2014

Catu

Hikayat musim adrenalin

Katil di kerusi
Melatonin terbiar sepi
Besi

Kanji dirasi
Supaya mata melawan graviti
Paksa diri

Ini musim adrenalin
Cabar limitasi kendiri
Kerana burung besi setia menanti~ :D