Tuesday 22 September 2015

rafflesia

Dia tersenyum puas. Meja makan diatur rapi, makanan yang dimasaknya dihiaskan agar berselera keluarganya menyantap.

Lantas dia memanggil suami dan anak-anaknya yang bersidai di ruang tamu. Suaminya Bakar masih tidak menyahut; mata dan jari melekat di smartphone Oppi terbarunya. Anak-anaknya yang kesemuanya lelaki seramai dua orang duduk bersilang kaki, TV di hadapan terbuka sekadar memecah sunyi. Dentingan notifikasi aplikasi Whatsapp tidak henti berteriak.

Suaranya naik seoktaf lagi, berteriak memanggil insan-insan kesayangannya itu. Mereka bangun , mencabut akar yang bertunas di punggung. Makan malam berlangsung seperti biasa. Limah si ibu berterusan memanjakan kekasih-kekasihnya.

Selepas makan, Limah bertanya kepada anak sulungnya Dali. ''Along, dengarnya tadi keputusan peperiksaan dah keluar. Ada bawa balik tak report card, beri ibu lihat sekejap''. Dali bangun dengan malas ke arah suatu longgokan di sudut ruang keluarga. Tempat dia dan adiknya melonggokkan beg sekolah dan buku-buku sekolah mereka.

Buku laporan bertukar tangan. Muka Limah seperti ayam berak kapur. Pucat melihat dakwat merah memenuhi setiap grid markah.

 ''Bang, tengok anak kita ni bang. Abang kena buat sesuatu. Dali tu calon PT3 tahun ni''.
''Hmmm, nantilah abang sembang dengan guru kelas dia''. Dia begitu girang kerana group Whatsapp sekolah rendahnya dulu mempopularkan kembali kegemilangannya sebagai wira sekolah. Sedikit pun tidak terkesan dengan kesedihan Limah. Limah bagaimanapun seolah mendapat jaminan dengan kata-kata itu, dan masuk tidur dengan sedikit lega. Bakar masih tersenyum menatap skrin kejung.

Dali menyelinap perlahan-lahan. Kunci motor diraih perlahan, bimbang mengejutkan ibu bapanya yang tertidur. Destinasi lumba Dali dan kawan-kawan malam ini ialah Lebuhraya Kesas. Nasibnya baik malam ini. Pulang dengan kulit yang tersiat, tapi dia dapat mendaki podium kemenangan.

Waktu terus berlalu, dan tiada apa yang berubah dalam keluarga itu. Kini tiba masanya Dali berumah tangga. Limah begitu berhati-hati memilih menantu, dikhuatiri bakal menantu tidak mampu memanjakan Dali seperti mana lakunya kebiasaan.

Akhirnya, dengan banyaknya rencah yang ditabur untuk mengharumkan nama Dali, dia berkenan dengan anak kawannya. Durrah nama gadis itu. Gadis itu graduan bugar dalam Quantity Surveying. Jurus budaknya, pandai memasak menjahit berkemas serba serbi. Limah puas hati.

Keluarga berjabat tangan. Tarikh perkahwinan disepakati. Khemah didirikan dan seekor lembu ditumbangkan. Durrah gadis yang taat hanya menyetujui keputusan orang tuanya menikahkan dia dengan Dali. Putih kata mereka, putihlah jua dirinya.

Tempoh bulan madu begitu manis dirasai. Dan Limah menetap seminggu di rumah sewa anaknya, untuk memastikan Durrah sesigap dirinya dalam mengurus rumah tangga.

Limah pulang, dan yang tembelang kian terbentang. Dali tidak tahu berbuat apa-apa selain makan, tidur dan pergi ke tempat kerja. Duit gajinya pula dihabiskan untuk hobinya, menambah aksesori keretanya. Durrah yang taat dan lurus menyelesaikan semua kerja rumah dalam kesibukan bekerja sebagai QS. Anak berturut hadir, dan kesibukan Durrah bertambah. Nafkah anak-anak masih daripada Durrah. Dali tidak berubah.

Masa berlalu, dan Durrah kelihatan lebih tua sepuluh tahun daripada Dali. Terkadang  terserempak kawan lama yang menyangka Durrah itu kakak Dali. Dali sesekali  berbangga pada Durrah yang dia kelihatan jauh lebih muda daripada rakan seusianya yang sudah memutih rambut dan janggut. Durrah hanya senyum pahit. Selaku gadis Melayu yang taat, dia tidak mampu bersuara kepada sesiapa untung nasibnya.

Malang tidak berbau. Tiang tempat Dali bergantung selesa telah reput. Jasad Durrah yang sekian lama berpayah tidak mampu lagi bertahan. Tulang belakangnya yang sedia bengkok telah kehilangan pelapik antara tulang lumbar ke lima dan sacrum pertama. Dali masih melayan Durrah seperti hamba dan banknya, hingga akhirnya tulang-tulang yang hilang pelapik itu menggelongsor pula antara satu sama lain.

Saraf yang mengawal otot pundi kencing, otot usus besar dan organ seksualnya ditekan oleh tulang-tulang itu. Kini Durrah terpaksa memakai lampin dewasa ke tempat kerja, namun masih lagi terpaksa bekerja dan menjadi hamba. Anak-anaknya terpaksa dibesarkan dengan kudrat sendiri, mujur ada yang sudah bekerja. Dali tidak pernah ambil tahu, tanpa rasa malu setiap 21 haribulan meminta sedikit wang daripada Durrah.

Suatu hari Limah datang melawat. Keadaan rumah yang seolah tongkang pecah mengundang amarah. Entah apalah malangnya bermenantukan wanita bekerjaya seperti Durrah. Malasnya menjadi-jadi. Durrah pula kebetulan sedang berbaring melegakan sakit belakang. Dia tidak dapat ke tapak pembinaan hari ini, lampinnya kehabisan stok. Malu jika sampai ke tapak dengan kain basah hancing.

''Ini rupanya kerja kau sehari-hari. Menternak lemak saja, rumahnya tidak disiapkan. Makan tiada dihidangkan. '' Lahar nista Limah menggelegak, secukup rasa dia keji menantunya itu. Limah ternampak pula lampin dewasa terpakai dalam tong sampah di pintu dapur. Rasa jengkel menerpa hatinya. Wanita ini sudah tidak pantas bersama Dali yang masih segak bergaya. Harus kucarikan menantu baru. Dali patut ceraikan saja wanita tak guna ini. Seranah Limah dalam hati.

Maka, sepurnama kemudian, Dali menceraikan Durrah. Dan tiga bulan kemudian, Dali bernikah dengan seorang dara kampung muda bergetah. Durrah tinggal bersama anak-anak yang ternyata lebih sayangkannya daripada Dali. Anak-anak menjaga Durrah penuh kasih sayang. Hidup kian tenang.

Sementelah Dali yang tidak sedarkan diri, dikikis habisan oleh dara materialistik itu. Prinsip hidup ''biar papa asal bergaya'' benar-benar menyusahkan Dali. Dali tersepit; nekad meminjam daripada ceti haram.

Sebulan kemudian, Durrah sedang berehat sambil membaca surat khabar. Dia kini tidak bekerja dan ditanggung oleh anak-anaknya. Kopi suam dihirup. Mata tertancap pada tajuk akhbar, ''Lelaki berusia 59 tahun mati dibunuh along, isteri, 25, dirogol beramai-ramai.'' Kopi manis tersembur.


Monday 14 September 2015

nadir

bismillah.
came across a new term not so long ago.

buah-buahan nadir.
haha. unik kan term ni.

nadir : rare : jarang-jarang.

makna mudah ialah buah-buahan yang jarang-jarang ditanam di peringkat komersial.
selalunya ditanam di dusun atau tanah peribadi.

banyak rupanya buah yang belum dirasa kat Malaysia sendiri.

rujuk bacaan tambahan untuk senarai buah-buahan tersebut dengan gambar:

http://jtn.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/mn_img/76682file/buah-buahan%20nadir%20di%20malaysia.pdf

kalau rajin lagi boleh baca pdf ni pulak

http://mabbim.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/04/buah20.pdf

botany is an interesting field right ? :)

Friday 11 September 2015

pastime

bismillah.
bukan post angkat bakul ok. i just think its a topic worth writing.

what's your favourite pastime lately?
well, I think mine is sewing. learning how to is fun.
haha. hobi lain yang memerlukan pemanduan ke sana sini tidak dapat dilaksanakan.
tipikal anak tengah yang tak da keta nak drive sebab ada adik beradik lain guna.

so. titik mula nya ialah cuti summer tahun dua kot.
macam mana boleh tergerak nak belajar tu tak ingat.

tapi untung nya duduk kawasan kampung ni itu lah.
cikgu menjahit dan tempat tu sangat accessible.
pompuan kat kampung ni ramai yang surirumah dan pandai jahit.
so ambik tempahan dari rumah.
ada aku nampak akak tu bukak kedai jahit.
tapi coolnya dia gantung buai dalam kedai.
so bawak anak ke kedai .
anak dah nyenyak, boleh kerja.
ok merepek dah.

bas sehala je. pi balik 4 ringgit je.
cikgu pun sangatlah baik dan penyayangnya.

menjahit ni tak susah cuma kena sabar dan teliti.
belajar pun kena lukis atas kertas minyak dulu, baru potong dan potong kain ikut kertas tu.
nak jahit tak boleh cranky.
nanti salah buat kena tetas balik. tetas kalau kalut nanti koyak baju.
haha. menguji sikit part ni.

selain mengajar nilai-nilai tersebut, aku rasa belajar benda ni menjimatkan sebenarnya.
sebab baju wanita sekarang mahal. kalau murah pun kain tak best.
contoh penjimatan, aku suka pakai skirt denim.
tapi harga dia mahal.
so beli ja kain denim kat Husein dan belajar jahit.
cikgu kata, kependekan setara aku ni, kain mesir yang bidang besar (bidang 60) tu semeter dah cukup untuk skirt !
semeter baru belas-belas ringgit Malaysia.

plus, aku punya body shape ni bukan saiz tipikal baju kurung siap.
so buat sendiri / tempah khas memang dapat baju yang selesa.
nak kain mahal pun boleh sebab kos jahit sendiri/ tempah kat kampung ni tak mahal.
yeay.

dan kelebihan belajar di Mesir, dapat beli kain yang rare kat Malaysia.
haha. bawak kain denim pi belajar, orang lain macam terpesona tengok.
sebab kat Kedah yang kurang maju ni susah cari kot.

setakat boleh buat baju pakai sendiri pun dah cukup.
aku pun baru buat sikit-sikit ja.
tak sempat. huhu.

anyways, banyak yang boleh disyukuri dalam kehidupan sebagai orang kampung sebenarnya :)
and i'm still on my way to be a more grateful servant T^T

sekian, hope you enjoy your own hobbies too sebelum sesi pengajian yang baru bermula.

Tuesday 8 September 2015

Biri-biri Itam

The middle child seeks justice.
If you deprive em of it, they rebel.

Cos that's what they do best.