Tuesday 30 April 2013

hujan

bismillah

Malaysia dah pagi, 
maka aku menyempatkan diri 
menelefon belahan hati , ibu dikasihi

sembang-sembang hal keluarga,
then aku cakap,
''mak, kat sini semua orang baik-baik''
mak : habis tu, kita tak mau jadi baik jugak?
aku : ...Krik3

then,
''mak, kat sini semua orang rajin study''
mak : habis tu, kita tak mau rajin study jugak?
dan cengkerik terus berlagu :p

kui3...
kan dah kena... 
dulu selalu cakap kat mak, 
aku tak mau jadi baik sgt,
mak kata
''dalam dunia ni hanya ada org baik dgn org jahat ja.
sama ada nak jadi baik, atau jadi jahat terus
takde separuh-separuh''

yeah, bukan senang
daripada budak rempang
jadi cam ustazah cekang 
ilmu amalan mantap

tapi, susah pun, kena jugak
even lambat-lambat
macam siput babi kejar ulat gonggok
berubah ya diri~

tak sabar nak balik Malaysia :')
ada 3 baby baru yg cergas dan lincah


Monday 29 April 2013

keping

hanya kerana kain sekeping
hatiku hancur berkeping-keping
jadi emping

sedar.akur
level manusia boleh mencanak
bisa menjunam
kerana sehelai kain

nilai lain tongsampahkan
kerana memang.
sungguh
kalau pembalut gula-gula itu cantik
isinya semestinya sedap

teruskan melihat kulit buku
jangan lah menilai isinya
kerana betul.

luaran itu cermin bagi yang dalam 

Sunday 21 April 2013

ibu kedua

masa mencemburui
amanah memasung kaki
tanggungjawab itu kini rasa berduri

aku manusia
bukan robot jiwa kering
apatah lagi zombi rambut kerinting
beban ini memerah kering
titis kudrat dalam diri
aku penat

sesekali telefon berdering
''ibu kedua memanggil''
kujawab nada malas
telefon tak sudi dipegang
loudspeaker kutekan
''hello,ha ada apa? aku tak free la''

rutin. aku selfish
perasaan aku penting.
''aku busy'' itu sebab kukuh

kacau. jiwa aku kacau.
setiap kali kau kulayan kasar
aku manusia, mulut mendahului akal
akal kata sayang, mulut luah ayat kesat

minta maaf ibu kedua
aku sayang, sayang sangat
rindu, rindu amat
ingin, ingin sekali
singgah bawah teduh
tenangnya gubuk kecil itu
habiskan masa bersama

aku rindu semua itu
moga masa akan melonggarkan ikatan
supaya kita kembali erat bertaut
kejap sebagaimana selalu
aku sayang kamu

-belum cukup kuat .baru tahap ni .kalau dah kerja macam mana nak jadi family woman macam mak ? :'( -

Tuesday 2 April 2013

.-.

''small problems can be big if you are far from Him..
next time you're stressed about small things, check your relationship with Him''

this quote is like an elephant dart to my face

''inferiority is ego''

another blow to the nose.. *ouch*

''rome is not built in a day''

observe this saying and keep your tracks right. be patient in this path you've chosen.

mode : reflection. please211 correct me if i'm wrong, coz i'm human..and human isn't a mere group of cells. we have feelings. i take care of yours and you care for mine.. sorry for all offensiveness of me..