Thursday 28 November 2013

Sudut

Di satu sudut, seorang gadis menangis
Kenangkan wali nan terhiris
Harta dikorban semata demi yuran

Dan detik yang sama
Seorang lagi merungut
Elaun biasiswa tidak pernah cukup
Cuti-luar-negara pasti terbantut
Extravagansi dicekut

Di balik bantal peluk
Mudi merintih sedih
Airmata berjuraian
Alasan ; dirinya bak luar alam
Manusia cuma lihat kelebihan
Sedang dia mahu dilihat kebanyakan
Punya kelemahan

Dan pemudi balik sini bersedih
Begitu banyak kekurangan
Usaha perlu mapan;menekan
Agar terealisasi impian
Serasa kasta paling rendah sudah ditakdirkan.

Lewat rembang
Fikiran muda merewang
Perembang
Apa belahan jiwa sudah pulang
Seumur ini bakal gelandang
Bibir mengiya amal menafi hati mengimpi

Dara seberang
Perteguh tiang
Melurus pegang
Memanjat laju tangga gemilang
Yang dicita datang
Tenang

Sementara sambil melancar
Gadis gelintar
Masanya belum cukup dipugar
Sudah cukup merayu dipertegar
Tanggungan kejap dikandar
Aulawiyat malar segar

Nun di sana
Kenangkan syahid Ammar
Jiwa muda menggelepar
Kosong
Cari air segar
Hati hampir terbakar
Kemarau

Pilihan
Syukur dan tadabur
Segah atau merekah
Ubah atau rebah. 

''Apa rasa mati muda dan berjasa?''


                                   

Tuesday 19 November 2013

Ringkas

Kau mahu mengisi?
maka dirimulah perlu lebih dulu diisi

Mahu membahagiakan?
belajarlah bahagia dengan diri sendiri

Mahu diterima apa adanya?
hargai diri ; lebih dan kurangnya diperhalusi

Mahu mencintai?
penuhkan hati dengan cintaNya sebagai titik mula

Mahu dicintai makhluk?
jadikan dirimu dicintai Tuhan

Mahukan perkara baik datang kepadamu?
keluarkan yang baik-baik kepada sekelilingmu

Apa yang kau tanam, itu yang akan digali  :)

*hatiku tak henti bergetar; bidadariku sudah disunting. may ALLAH ease you dear :)
*masih mencari titik mula~
*mari mengisi diri~ dear passion, i'll pursue you ~

Wednesday 13 November 2013

Peluang

''As we get older, our hearts get darker''
-Dr Faisal

Pahamkan ayat ni, literally dan metaphorically.

Histology dah bagitau, lipofuscin pigment accumulates with age. Sebab warna dia brown, jantung kita makin lama makin brown, dan lambat laun fungsi mula kurang.

Agama bagitau, kanak-kanak itu fitrah. Suci. Dan mukallaf itu sifatnya berbuat dosa. Dan dosa itu titik hitam.
Sehari setitik, lama kelamaan hitam jua sang hati. So logic is, as we get older, we sin more, our hearts get darker. Sensitiviti terhadap dosa makin kurang. (T.T)

Situasi literal tak dapat diubah.

Tapi hati hitam versi metafora, mujurlah boleh disental tompok hitamnya.
Dia masih beri peluang untuk itu.

Syukuri. Dan hargai.

*Malam 10 Muharram.
Antara malam YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA.
Semoga Allah perkenankan segala doa dan permintaan.- credits 

*asyura
*jalan pulang masih terbentang :)

Sunday 3 November 2013

Istimewa

Dibeleknya helaiankerja excel.
Mata dikejip-kejip cuba mencerna.
''Kadar lulus : 86%''
-milik keluarga lebih berusia
Berkali mengerling;
angka masih sama

Beralih ke helaiankerja seterusnya.
Milik keluarga.
''Kadar lulus: 73.8%''

Dia sedar,
Dia bermain dengan angka;
yang tiada di sebaliknya penipuan.

Bingung.
Apa yang tidak cocok.
Lojiknya semakin berusia;
Beban bertambah,
Neuron kian ternyahfungsi;
angka itu patut berkurang.
Sebaliknya berlaku.

Perah otak, namun
Titisan idea tidak juga jatuh
Akan kenapa keluarganya itu
Dalam aspek ini sedikit terkebelakang.

Mungkin kawan-kawan kurang saling mendoakan.
Mungkin ini ujian.
Prioriti mungkin pincang.
Bahana mainan berlebihan adakah boleh disalahkan.
Mungkin juga dosa orang sepertinya itu menjatuhkan.

Entah.
Tiada jawapan.
Biar saja didiamkan.
Anggap ia keistimewaan.
Yang terlindung balik kelabunya awan.

Dimohon pada tuhan,
kurnia Tuhan datang menyelamatkan
dan keluarganya perlahan-lahan menapak
tiada siapa akan ketinggalan.

Tuhan, biar mereka harungi lautan ini dengan jiwa besar~


Friday 1 November 2013

Sixth Sense

Bismillah.
This one's for me.
Hope all the lessons you learnt will never be forgotten.

Hanim turun dari rumah untuk membeli barang, kemudian hasratnya ingin lepak di rumah kawan. Siap membeli, dia lalu di tepi tempat lepak kucing-kucing jalanan yang comel-comel, juga tempat parkir kereta

Seperti biasa, dia tak lupa mengorat kucing-kucing yang ada, dengan harapan mereka akan mengiau balas (gagal seperti biasa.) Matanya terhenti pada seekor anak kucing kecil di tepi tayar kereta. Comel, senyap dan comot. Agak-agak dia lapar tak? Monolognya.

Dia cuba tinggalkan si comel itu, terus ke destinasi seterusnya. Tapi gagal. Hati rasa tidak sedap. Maka dia berkira-kira pula , nak bawa naik rumah / bawa susu dari rumah, bagi dia? Dia pilih yang kedua, takut si comel liar mahu cakar.

Cepat-cepat dia lari naik, turun kembali bawa susu, cari mana kucing. Luruh jantung, paru-paru Hanim.Baru berapa minit dia pergi, si comel telah dilenyek, segala isi perut terburai. Mungkin pemandu kereta cuba halau, tapi tiada hasil. Si comel mungkin sakit dan tidak kuat bergerak.

Diletaknya susu dengan hati hancur, kemudian ternampak anak kucing dan ibu kucing iras si comel. Mungkin keluarganya.

Moodnya terganggu. Dan dia berfikir, naluri aku kuat untuk tolong makhluk itu. I shouldn't have hesitated to do good things. Dan fikirnya lagi, ajal itu sangat tepat, ia tidak menunggu siapa-siapa. Mungkin saja kalau aku dukungnya ke rumah, ia akan mati di tanganku. Dan juga kita takkan pernah tahu, bilakah momen terakhir kita bersama orang-orang sekeliling kita. Mungkin kita pergi dulu, mungkin juga mereka mendahului.

Dan sepanjang jalan, otaknya masih ligat, penuh tanda tanya. Pastinya, dia takkan lupa pengajaran dari si comel itu.

Petangnya, Hanim lihat badan si comel telah dialihkan ke tepi. Maaf dia tidak cukup kuat untuk itu.

*In loving memoirs of all alleycats and dogs, and orang yang selalu bagi makan hampa*