Monday 30 December 2013

Naga

Bismillah.

Seseorang pernah berkata, ''Masa study week sangat menyeronokkan , sebab kita dapat tau apa yang kita tak pernah tahu tentang topik tu.''

Sungguh la.
Masa study week la melopong sikit,
sebab nampak ceteknya ilmu kita tentang satu tajuk tu.
Kalau aku, nganga bila baca patho la.

Tapi still, kena usaha untuk cover semua benda yang masuk exam.
Dan kenal diri kita, study paling efisien macam mana.
Ibarat kena kenal musuh; kekuatan dan kelemahannya, baru kita boleh lawan dia.
Bila kenal kekuatan kita, baru tau senjata apa nak diguna.
Kenal kelemahan, usaha perbaiki kelemahan.

Pakcik Sun Tzu pun cakap :

If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles.
If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat.
If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle.”
― Sun Tzu, The Art of War

Dan Hiccup dalam movie How To Train Your Dragon telah mengajar kita;
kadang-kadang, musuh yang ganas (baca : naga) boleh ditumpaskan dengan cara-cara mudah.
Tak perlu bunuh pun.
Dengan syarat , kita perlu kenali musuh itu dan diri kita.
Dan Hiccup sedar bahawa dia tidak sanggup untuk bunuh naga,
maka dia cuba cara lain ; jinakkan naga.

Kesimpulan, tidak semua perkara perlukan penyelesaian yang rumit.
Know yourself (your study techniques) and your enemy (cover all the syllabus)
All will be fine , insyaALLAH~

P/S : Mari walk the talk wahai penulis T.T

Tuesday 24 December 2013

Terbang

Rindu
dibangunkan fajar oleh suara indah itu
''solehah, subuh duluu''

Rindu
berpenat lelah
bantu si ayah
ganti si tunggal teruna

Rindu
gaduh manja
jenaka mereka
yang berlima

Rindu
kampung damai
hijau yang tenang

Rindu
kesayangan memanggil
menyahut dan menderu
bilamana diseru
disuapi sebotol susu

Rindu
terbangunkan oleh itam
yang kelaparan
menginjak tuan; mengiau lapar

Ah di sana selalu ada ketenangan
terbasmi kelayuan
agresi dineutral pemejalwapan
itu keperluan

Rindu
segeralah usai
dan kemasai akan pamit
aku tak lagi terburai

Moga rindu
jadi sumur kekuatan
derap ke hadapan

p/s : Jom bergerak~ Mohon doakan kestabilan emosi musim2 exam nih.
Sungguh. Failure to control emotions makes you even more emotional.

Friday 20 December 2013

Rescue



She thinks she's all alone
And all her hopes are gone
And so I wrote this song
So she can move along

Well, things were bad
She was in despair
Well, things were bad.
And you were never there

But things were bad
She came up for air
She said a little prayer
She found herself

Chorus:

Yeah, she's got a light in her face
She don't need no rescue and she's okay
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay.
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
Yeah, she's got life in her veins
She don't need no rescue and she's okay

She looks into the sky
And all her tears are dry
She kiss her fears goodbye
She's gonna be alright.

But things were bad
It was beyond repair.
She was scared
She couldn't handle it.
Things were bad but now she's glad
Can't you tell - she's walking on air?

Chorus:

Yeah, she's got a light in her face
She don't need no rescue and she's okay.
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay.
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay

That girl is you, yeah
And that girl is me
That girl is stronger than the 
raging sea
That girl is you, yeah
And that girl is me
That girl is stronger than the raging sea

Chorus:

Yeah, she's got a light in her face
She don't need no rescue and she's okay.
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay.
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
Yeah, she's got life in her veins
She don't need no rescue and she's okay

Thanks Yuna :D lecture mak dan kakak2 sangat bermakna jugak~ I'm a happy Elsa with Anna(s) around me :)

Saturday 7 December 2013

Kepala


Bismillah.
Topik kali ni ialah pengajaran daripada badan.
Dalam badan kita banyak keajaiban
Ada yang sampai sekarang tak terungkap

Antara keajaiban tu ialah pacemaker jantung kita iaitu SAN (Sinoatrial node).
ALLAH buat Inche SAN ni boleh depolarize diri sendiri lepas setiap action potential.
So dia akan depolarize diri sendiri sampai jadi action potential seterusnya.
Proses ini berulang, dan jantung kita kekal berdenyut selagi belum ajal.

Maka SAN ini kira ketua kepada setiap contractile and conducting cardiac myocytes.
Maestro kepada orkestra jantung.

Apa jadi kalau ada tempat lain atau kumpulan sel lain nak jadi ketua jugak?
Masing-masing nak bagi arahan sendiri?
Cardiac myocytes akan jadi pening kepala taktau nak ikut arahan mana.
Last last semua pening , contract suka hati, relax suka hati.
Darah tak dapat dipam dengan baik.
Jasad derita.
Paham cerita?

Maka kita boleh umpamakan ketua kita macam SA node.
Kalau dalam organisasi tu, kita sbg orang bawahan takmau ikut ketua, nak buat kepala tau; rosak organisasi. Gerak kerja dan matlamat takkan sampai.

Dalam Islam pun ada konsep ''Dengar dan taat''
Dengar dulu arahan ketua,dengar membuahkan faham, kemudian taat.
Bukan taat melembu pekak tanpa faham.

Sebagai orang bawahan juga takyah la ''kelitin'' cari salah ketua sangat.
Kalau obvious sangat salah tu tegurlah dengan baik.

Ostad kata, sifat suka mengkritik dari bawah/dari luar , tanpa masuk medan juang ialah sifat Yahudi.
Asyik post pasal kezaliman Yahudi, boikot Israel ; tanpa sedar Yahudi sebenar ada dalam diri T.T
Pedih kan?
Suatu hakikat yang harus diterima pemberontak kepala batu macam aku.

Ketua dipilih untuk memudahkan,
maka tak dapat semua, ikutlah sebahagian bentuk-bentuk pertolongan yang mereka hulurkan.
Supaya hujung nanti kita tidak menyalahkan; ''Salah ketualah saya begini, saya begitu''

Sekian leteran baku.
Benda ni dah lama hurung kepala macam lalat hurung org masa winter.

Tuesday 3 December 2013

Tips to Happiness

“The Paradoxical Commandments


People are illogical, unreasonable, and self-centered.
Love them anyway.

If you do good, people will accuse you of selfish ulterior motives.
Do good anyway.

If you are successful, you will win false friends and true enemies.
Succeed anyway.

The good you do today will be forgotten tomorrow.
Do good anyway.

Honesty and frankness make you vulnerable.
Be honest and frank anyway.

The biggest men and women with the biggest ideas can be shot down by the smallest men and women with the smallest minds.
Think big anyway.

People favor underdogs but follow only top dogs.
Fight for a few underdogs anyway.

What you spend years building may be destroyed overnight.
Build anyway.

People really need help but may attack you if you do help them.
Help people anyway.

Give the world the best you have and you'll get kicked in the teeth.
Give the world the best you have anyway.”
― Kent M. KeithThe Silent Revolution: Dynamic Leadership in the Student Council

''Erti hidup pada memberi.''-Ustaz Hasrizal
Let's give until ur capable of no more :)

Thursday 28 November 2013

Sudut

Di satu sudut, seorang gadis menangis
Kenangkan wali nan terhiris
Harta dikorban semata demi yuran

Dan detik yang sama
Seorang lagi merungut
Elaun biasiswa tidak pernah cukup
Cuti-luar-negara pasti terbantut
Extravagansi dicekut

Di balik bantal peluk
Mudi merintih sedih
Airmata berjuraian
Alasan ; dirinya bak luar alam
Manusia cuma lihat kelebihan
Sedang dia mahu dilihat kebanyakan
Punya kelemahan

Dan pemudi balik sini bersedih
Begitu banyak kekurangan
Usaha perlu mapan;menekan
Agar terealisasi impian
Serasa kasta paling rendah sudah ditakdirkan.

Lewat rembang
Fikiran muda merewang
Perembang
Apa belahan jiwa sudah pulang
Seumur ini bakal gelandang
Bibir mengiya amal menafi hati mengimpi

Dara seberang
Perteguh tiang
Melurus pegang
Memanjat laju tangga gemilang
Yang dicita datang
Tenang

Sementara sambil melancar
Gadis gelintar
Masanya belum cukup dipugar
Sudah cukup merayu dipertegar
Tanggungan kejap dikandar
Aulawiyat malar segar

Nun di sana
Kenangkan syahid Ammar
Jiwa muda menggelepar
Kosong
Cari air segar
Hati hampir terbakar
Kemarau

Pilihan
Syukur dan tadabur
Segah atau merekah
Ubah atau rebah. 

''Apa rasa mati muda dan berjasa?''


                                   

Tuesday 19 November 2013

Ringkas

Kau mahu mengisi?
maka dirimulah perlu lebih dulu diisi

Mahu membahagiakan?
belajarlah bahagia dengan diri sendiri

Mahu diterima apa adanya?
hargai diri ; lebih dan kurangnya diperhalusi

Mahu mencintai?
penuhkan hati dengan cintaNya sebagai titik mula

Mahu dicintai makhluk?
jadikan dirimu dicintai Tuhan

Mahukan perkara baik datang kepadamu?
keluarkan yang baik-baik kepada sekelilingmu

Apa yang kau tanam, itu yang akan digali  :)

*hatiku tak henti bergetar; bidadariku sudah disunting. may ALLAH ease you dear :)
*masih mencari titik mula~
*mari mengisi diri~ dear passion, i'll pursue you ~

Wednesday 13 November 2013

Peluang

''As we get older, our hearts get darker''
-Dr Faisal

Pahamkan ayat ni, literally dan metaphorically.

Histology dah bagitau, lipofuscin pigment accumulates with age. Sebab warna dia brown, jantung kita makin lama makin brown, dan lambat laun fungsi mula kurang.

Agama bagitau, kanak-kanak itu fitrah. Suci. Dan mukallaf itu sifatnya berbuat dosa. Dan dosa itu titik hitam.
Sehari setitik, lama kelamaan hitam jua sang hati. So logic is, as we get older, we sin more, our hearts get darker. Sensitiviti terhadap dosa makin kurang. (T.T)

Situasi literal tak dapat diubah.

Tapi hati hitam versi metafora, mujurlah boleh disental tompok hitamnya.
Dia masih beri peluang untuk itu.

Syukuri. Dan hargai.

*Malam 10 Muharram.
Antara malam YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA.
Semoga Allah perkenankan segala doa dan permintaan.- credits 

*asyura
*jalan pulang masih terbentang :)

Sunday 3 November 2013

Istimewa

Dibeleknya helaiankerja excel.
Mata dikejip-kejip cuba mencerna.
''Kadar lulus : 86%''
-milik keluarga lebih berusia
Berkali mengerling;
angka masih sama

Beralih ke helaiankerja seterusnya.
Milik keluarga.
''Kadar lulus: 73.8%''

Dia sedar,
Dia bermain dengan angka;
yang tiada di sebaliknya penipuan.

Bingung.
Apa yang tidak cocok.
Lojiknya semakin berusia;
Beban bertambah,
Neuron kian ternyahfungsi;
angka itu patut berkurang.
Sebaliknya berlaku.

Perah otak, namun
Titisan idea tidak juga jatuh
Akan kenapa keluarganya itu
Dalam aspek ini sedikit terkebelakang.

Mungkin kawan-kawan kurang saling mendoakan.
Mungkin ini ujian.
Prioriti mungkin pincang.
Bahana mainan berlebihan adakah boleh disalahkan.
Mungkin juga dosa orang sepertinya itu menjatuhkan.

Entah.
Tiada jawapan.
Biar saja didiamkan.
Anggap ia keistimewaan.
Yang terlindung balik kelabunya awan.

Dimohon pada tuhan,
kurnia Tuhan datang menyelamatkan
dan keluarganya perlahan-lahan menapak
tiada siapa akan ketinggalan.

Tuhan, biar mereka harungi lautan ini dengan jiwa besar~


Friday 1 November 2013

Sixth Sense

Bismillah.
This one's for me.
Hope all the lessons you learnt will never be forgotten.

Hanim turun dari rumah untuk membeli barang, kemudian hasratnya ingin lepak di rumah kawan. Siap membeli, dia lalu di tepi tempat lepak kucing-kucing jalanan yang comel-comel, juga tempat parkir kereta

Seperti biasa, dia tak lupa mengorat kucing-kucing yang ada, dengan harapan mereka akan mengiau balas (gagal seperti biasa.) Matanya terhenti pada seekor anak kucing kecil di tepi tayar kereta. Comel, senyap dan comot. Agak-agak dia lapar tak? Monolognya.

Dia cuba tinggalkan si comel itu, terus ke destinasi seterusnya. Tapi gagal. Hati rasa tidak sedap. Maka dia berkira-kira pula , nak bawa naik rumah / bawa susu dari rumah, bagi dia? Dia pilih yang kedua, takut si comel liar mahu cakar.

Cepat-cepat dia lari naik, turun kembali bawa susu, cari mana kucing. Luruh jantung, paru-paru Hanim.Baru berapa minit dia pergi, si comel telah dilenyek, segala isi perut terburai. Mungkin pemandu kereta cuba halau, tapi tiada hasil. Si comel mungkin sakit dan tidak kuat bergerak.

Diletaknya susu dengan hati hancur, kemudian ternampak anak kucing dan ibu kucing iras si comel. Mungkin keluarganya.

Moodnya terganggu. Dan dia berfikir, naluri aku kuat untuk tolong makhluk itu. I shouldn't have hesitated to do good things. Dan fikirnya lagi, ajal itu sangat tepat, ia tidak menunggu siapa-siapa. Mungkin saja kalau aku dukungnya ke rumah, ia akan mati di tanganku. Dan juga kita takkan pernah tahu, bilakah momen terakhir kita bersama orang-orang sekeliling kita. Mungkin kita pergi dulu, mungkin juga mereka mendahului.

Dan sepanjang jalan, otaknya masih ligat, penuh tanda tanya. Pastinya, dia takkan lupa pengajaran dari si comel itu.

Petangnya, Hanim lihat badan si comel telah dialihkan ke tepi. Maaf dia tidak cukup kuat untuk itu.

*In loving memoirs of all alleycats and dogs, and orang yang selalu bagi makan hampa*

Sunday 27 October 2013

One Day You Will


You feel like you're falling backwards
Like you're slippin' through the cracks
Like no one would even notice
If you left this town and never came back
You walk outside and all you see is rain
You look inside and all you feel is pain
And you can't see it now

[Chorus]
But down the road the sun is shining
In every cloud there's a silver lining
Just keep holding on (just keep holding on)
And every heartache makes you stronger
But it won't be much longer
You'll find love, you'll find peace
And the you you're meant to be
I know right now that's not the way you feel
But one day you will

You wake up every morning and ask yourself
What am I doing here anyway
With the weight of all those disappointments
Whispering in your ear
You're just barely hanging by a thread
You wanna scream but you're down to your last breath
And you don't know it yet

[Repeat Chorus]

Find the strength to rise above
You will
Find just what you're made of, you're made of

[Repeat Chorus]

One day you will
Oh one day you will

*redundancy ekceli bila post lyrics video dgn lyrics sekali. tapi takpa lah~

Friday 18 October 2013

Rebiu buku

bismillah.
salam jumaat.

rasa terpanggil nak buat rebiu buku ni, sebab buku ni sangat best.
''Scientific Miracles in The Ocean and Animals'' by Yusuf Al-Hajj Ahmad, terbitan Darussalam.



1st kerash kat buku ni sebab ada perkataan ''animals'' tu --'

ni rebiu part Animals, Ocean punya tak baca lagi :p

kita selalu kaitkan tabiat binatang sebagai naluri dan sifat semulajadi dia kan.
kita kata ALLAH yang buat depa, tapi kita tak nampak hikmah penciptaan depa macam tu.

sebelum saintis2 jumpa the so-called-findings ,
eg.

kenapa lembu ada 4 perut , dia makan cepat dan dia luah balik makanan untuk dikunyah ?
: sebab dia haiwan mangsa, so dia perlu makan banyak dengan cepat, simpan makanan tu utk digest lepas tu.
kalau dia makan lambat, dan kena lepak lama2, mesti la singa rimau senang tangkap dia.

kenapa sistem pernafasan serangga cuma tiub2 pernafasan, bukan lungs macam kita?
: to limit the insect's growth and size, kalau ada lungs, depa boleh jadi besar cam dinosaur dan pupuskan manusia.

dan macam mana ratu lebah boleh tahu jantina telur2 yang dihasilkannya, sehingga dia boleh asing telur2 tu ikut jantina?

ayat ALLAH ni dah jawab suma soalan tuh:

''Dia (fir'aun ) berkata, ''Siapakah tuhanmu berdua wahai Musa?''
''Dia (Musa) menjawab, '' Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan bentuk kejadian kepada segala sesuatu, kemudian memberinya petunjuk''

Taha : 49-50

''memberikan bentuk kejadian kepada segala sesuatu, kemudian memberinya petunjuk''
ring any bell?
Allah yang bagi petunjuk kat haiwan2 supaya buat apa yang depa buat.

another point.

''According to Darwin's theory of natural selection, living beings think only of themselves and are selfish''

tapi lojikkah teori ini utk diaplikasikan kat bapa penguin yang jaga anak dia berbulan2 sampai menetas tanpa makan minum?
dan ibu bapa burung yang ulang alik beratus kali untuk suap anak mereka makan?

sudah tentu Darwin salah. yang ilhamkan sifat berkorban dan kerjasama buat makhluk2 ini hanyalah Dia.

komen Kenneth Walker, saintis dan penyelidik perubatan dan fisiologi yg pi safari kat Timur Afrika tentang kerjasama antara binatang,

''The strangest example is the cooperation between the rhinoceros and the bird that perches on its back and picks up the parasites on its skin. Every time the birds sensed my approach, they made a certain noise which alerted the rhinoceros, and when the animal begin to flee, the birds remained on its back, riding it like a shaky train.''

animals are great. we should learn from them lots of essential stuff.

kata Isaac Newton, ''There can be no doubt about the Creator, because this great variety of beings and what it contains of order and the means to survive, and adaptation to others and to time and place, could not have stemmed from anything but the One Who is All-Wise and All-Knowing.''

cukup kot setakat ni. buku ni osem dan sangat sesuai jadi rujukan nak jawab soalan budak2 kecik banyak mulut yang anda tak terjawabkan ; kenapa begini dan kenapa begitu.

semua ayat dan idea entri ini bersumberkan buku di atas. kalau ada salah, mungkin khilaf aku masa pindahkan ayat2ni.

semoga bermanfaat~

*patutnya tengah baca buku 3rd year kot la ni T.T*
*btw buku ni ada kat aku la ni, tafaddhal kalau nak pinjam*

Sunday 6 October 2013

Jurang

bismillah.

*buang sawang kat siling*

lama tak menulis. idea banyak, tapi alasan tak menulis lagi banyak.

so here comes.

kisahnya pi bank activate akaun yang dorman.
queue sangat la panjang gila (sighah mubalaghah) sampaikan pi makan kenyang sampai bank giliran tak sampai lagi.

maka penantian diisi dengan sembang kosong dgn makcik2 berdekatan.
bila turn makcik tu sampai, senyap balik.

sampai la sorang pegawai bank mai tegur.
''adik ada urusan apa ni?''

cerita kat dia bla bla bla.
dia kata ''la ni, semua pakai online ja dik,
buat akaun pun boleh online,
transfer duit, bayar bil semua online.
ni buku2 akaun ni tak pakai dah la ni.''

sambil mulut muncung hala kat buku2 akaun yang dipegang oleh makcik2 dan pakcik2.

sambungnya lagi
''sebab tu kalau perasan kita dah kurangkan bil kaunter yang beroperasi.
kita nak galakkan orang berurusan online.''

maka dengarlah aku , angguk paham banyak kali sebab rasa noob sesangat.
tapi nak activate akaun mana boleh online -.-

lepas tu, terfikir-fikir, kesian pulak orang2 tua kat kampung2 yang masih konvensional.
yang urusan masih fully over the counter.

saat kita tengah lari kejar kemajuan , mereka masih merangkak beradaptasi dengan kemajuan.

entah. maybe it is destined so.
that the old will always be left behind. (not all of course)

entah. sejak akhir2 ni, aku banyak fikir.
perbezaan orang tua dan muda.

nak tegur ayah tak dengar aku panggil, bukak sound kuat2, teringat orang berumur ada presbycussis.
nak suruh mak workout bagi fit, teringat mak dah tak sekuat dulu.
nak mengeluh wan asyik lupa, teringat senility comes with forgetfulness.

orang tua-tua ni nak macam baby balik dah.
cuma baby yang makin lemah.

that's why Nabi Muhammad s.a.w suruh hormat orang tua dan sayangi orang muda.

hmm..aku tinggalkan pos ni dengan kata2:

''We think our fathers fools, so wise we grow;
Our wiser sons , no doubt , will think us so. ''

macam melalut. tapi ambik la apa yang ada kay.

Sunday 14 July 2013

rojak

bismillah.
lama tak menulis, sebab takda idea dan cerita nak tulis..

kali ni aku nak tulis random.

balik malaysia hari tu aku naik egyptair.
so ofkos la majalah flight tu cerita pasal egypt kan.nama dia horus.
nampak2 majalah tu eksaited jiwa nerd-ulat-buku-aku-yang-hilang-dek-laman-sosial tuh.

credits
artikel first yg aku baca ialah ''drinks of ramadhan'' (tak ingat tajuk sebenar dia)
cerita pasal jus2 yg selalu arab mesir minum sesuai dgn bulan puasa yg jatuh pd summer yg panas.
cerita pasal kebaikan liquorice, karkadeh, subia, kharoub, tamarhind dan qamaruddin.

haha, jangan ingat qamaruddin ni seorang pakcik penjual 'asir.
qamaruddin ni simply pes apricot yang dikeringkan dan dijual dlm bentuk kepingan2.

credits

dan cara buat dia ialah potong kepada kepingan kecik , rendam dalam cawan isi air suam. minuman yg terhasil sgt pekat dan sedap.(katanya la)
and baru tahu, qamaruddin ni ada jual bulan2 puasa ja, bulan lain susah nak jumpa ~
kalau pi hussein skarang, hampa akan nampak banyak dijual kt kdai2.
kat kiosk ramadhan special cs pun ada. 

haha, further pembacaan artikel tu menyebabkan aku rasa pengetahuan aku tentang mesir sangat lah superficialnya. 
sebab kurang interaksi real dgn arab kot -.-
sikit-sikit jawab ''shuwaiyah'' bila arab tanya blh cakap arab ke x. T.T

and aku rasa selama ni aku sangat ortodoks dalam merasa makanan2 baru kat mesir ni.
pengecut nak try benda baru,takut tak sedap. 
padahal punya la banyak makanan  berkhasiat yg aku tak berani try.

so, azam tahun depan ialah nak try makan benda-benda baru yg aku tak pernah try. 
mcm artichoke ni

credits

huhu, cakap ja lebih, harap2 tahun depan klu pnjang umur blh try betul.

sekian lah post kali ni.

salam 6 ramadhan,moga2 setiap hari lebih baik dari sebelumnya :)

Jom banyakkan zikir~

Sunday 9 June 2013

threshold

threshold
threshold stress that makes people strive harder and persevere
threshold sleepiness that make people sleep
threshold dirtiness that make people feel dirty and start cleaning up
threshold laziness that make people feel useless and start being useful
threshold sin that make us repent and refrain from doing it
and in other situations involving arousal of a human being
is freakingly variable

its good to have low threshold in some matter
so that we can work harder
we can live as a 'abd taaib', frequently correcting ourselves
we get to live a little cleaner with a little less of the dirt
while being high threshold in the others
so we get stressed out a little less easily
we sleep a little less longer
we get to live better

the differences
make us thankful
render us tolerance
and somehow keep us living
and still surviving

keep calm and be a parent to yourself, in every aspect of your life~

When others give you dirt, give back flowers :)


have a happy time revising~ :D



Friday 7 June 2013

Buding

assalamualaikum. selamat malam :)

malam ni makcik nak kongsikan resipi puding roti~ hikhok seyes rasa cam makcik2

Bahan-bahan :
8 keping roti (roti putih atau fino/campur pun boleh tapi guna roti putih paling sedap)
2 cawan susu(untuk rendam roti, kalau tak cukup tambah sikit lagi. Fino selalu guna susu banyak sikit)
2 biji telur
2 peket vanilla (penting!!! kalau tak, puding anda akan bau telur yang bersangatan ; tak lalu makan)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar marjerin/mentega (aku guna 'rawabi' ja)
8 sudu besar gula

Untuk kastad (optional)

1 cawan susu
2 sudu besar serbuk kastad
Gula secukup rasa

Cara buat :
1. Carikkan roti kecik-kecik
2. Rendam roti dalam susu. Set aside
3. Pukul bahan-bahan yang berbaki dalam mangkuk asing.
4. Campurkan semua bahan dengan roti.
5. Bakar/kukus sampai masak. (Jangan tanya suhu berapa, sebab aku pakai oven gas.make sure api tak kuat sangat, nanti kerak tebal aka hangus)

Kastad :
Masak ja semua bahan tu dengan api slow.
Kacau non-stop sampai pekat
Bila masak, sapu atas puding yang dah siap dan sejuk.

Boleh lah makan bersama ahli beit dan sedekahkan sikit kalau takut tak habis. :D

Ni gambar pakcik google yang paling iras puding ni


takda gambar real.sebab kamera phone tak cantik.

Wednesday 5 June 2013

ubat

Arabic lyrics:
ألا يا الله بنظرة من العين الرحيمة *** تداوي كل ما بي من أمراض سقيمة 
ألا ياصاح ياصاح لا تجزع وتضجر *** وسلم للمقادير كي تُحمد وتُؤجر
وكن صابر وشاكر
(ألا يالله بنظرة)
تكن فائز وظافر
( ألا يالله بنظرة )
ومن اهل السرائر
( ألا يالله بنظرة ) 
الله رجال الله من كل ذي قلب منوَّر*** مصفى من جميع الدنس طيِّب مُطهر
وذي دنيا دنيـه حوادثها كثيره *** وعيشتها حقيره ومدتها قصيره
تفكر في فناها
( الا يالله بنظرة )
وفي كثرة عناها
( الا يالله بنظرة )
وفي قلة غِنــاها
( الا يالله بنظرة ) 
فطـــــوبى ثم طـــوبي لمن منها تحقّر = وطلقــــــــها وفي طاعة الرحمن شمَّر
الانشاد بصوت احمد الهاجري
English translation:

Chorus: 
O Allah! Send down Your mercy by your gaze 
that will cure all the sicknesses in me 

Oh my friend! Oh my friend! Dont be anxious and burdened 
Leave everything to fate and you will be praised and rewarded 

Be of those who are patient and grateful 
You will become successful and victorious 
And be amongst those who have the secrets 
That is, the men of Allah are those who have enlightened hearts 
Pure from filth; Pristine and refined 

This world is dejected, its mishaps are many
And the life of this world is insignificant, and life is short 

Reflect that this world does not last 
And has plenty sorrows 
And little riches 

Hence, blessed is he, so blessed is he who is cautious of the world 
And distances himself from it, and prepares himself to obey Allah 

credits

variasi

Jambu air dan Nangka hidup bersama dalam suatu taman.
Hidup mereka tenang tanpa ancaman.

Petani tersenyum gembira :D


Suatu musim panas, serangga pantas membiak. Lalat, tebuan dan lain-lain begitu banyak cuba menghurung dan menggetus isi Jambu air dan Nangka.

Tuan ladang mengambil keputusan untuk membalut Nangka dan Jambu air yang sedang membesar. Dia bimbang serangga-serangga lapar itu merosakkan buah-buahannya.

Diberikan pakaian sesuai buat dua buah itu mengikut saiz mereka. Dipastikan pembalut daripada suratkhabar dan anyaman kelapa itu berstaple rapi , longgar supaya mudah bergerak dan apabila membesar, pembalut tetap utuh dan tidak koyak.

Jambu air dibalut sampul suratkhabar berstaple , bukaannya diikat tali sabut pisang supaya serangga tidak bolos. Nangka dibalut anyaman daun kelapa kering yang berlubang-lubang kecil supaya pengudaraan elok dan isi nangka tidak busuk.

Nangka tidak puas hati dengan balutan diberi. Dia rasa balutannya tidak menyerlahkan baunya yang lazat dan rupa bentuknya yang cantik. Dia mahu balutan Jambu air. Suratkhabar nampak lebih moden, dakwanya.

Jambu air cuba membatalkan hasrat Nangka ; tegasnya balutan masing-masing sudah cukup menutupi dan menjaga. Nangka kecil hati dengan Jambu air, dia yakin Jambu air cemburu dan mahu tukar balutan juga. Mereka tidak bertegur sapa.

Suatu petang, petani kehabisan anyaman kelapa untuk membalut Nangka-nangka lain. Maka digunakan kertas suratkhabar sebagai ganti. Nangka memerhati penuh iri.

Minggu berikutnya, petani mahu mengambil nangka untuk dijual. Diambilnya yang berbalut suratkhabar dan dibelah. Nangka memerhati dari jauh.

Sebaik dibelah, kelihatan ulat-ulat berjatuhan, melompat-lompat turun dari isi nangka. Petani kecewa, terus dilemparkan isi nangka berulat ke kandang kambing. Kambing mengunggis gembira.

Rupanya , balutan suratkhabar petani terkoyak, lalu serangga datang mendeposit telur pada nangka itu. Dan telur itu jadi ulat yang banyak.

Nangka di pokok memerhati penuh insaf. Rupanya ada hikmah balutan daun kelapa. Dia mahu dirinya terjaga daripada serangga-serangga itu.

Nangka dan Jambu air kembali bersahabat baik selepas itu.

dapat isi cerita? okeh bai

Saturday 1 June 2013

fragile

alkisah pergi membeli barang.

maka bertolaklah aku dengan bff untuk beli sesuatu barang.
barang itu 'agak' berat , ada la tera budak darjah 1 yang gemuk*dapat feel?*

maka kami buat muka kesian dengan harapan pcik kedai sudi angkat barang sampai tepi jalan, boleh naik teksi terus.

heh,tau apa pcik tu kata? ''ringan ja ni'' T.T

maka kami pun gilir2 angkut itu barang sampai tepi jalan.

pendek cerita,  teksi takmau ambik kami balik sayeda ,'asyan zahmah.

maka, kami dukung lagi 'si gemuk' naik metro lepas kena gelak kali kedua dgn pcik arab sbb tak larat angkat.

punya tahan muka ,malu ingat orang gelakkan pompuan angkat barang gabak camtu. ==' rupanya depa lagi pelik tgk kami tak larat angkat. iyo la, mama Arab steady jek angkat tong gas sebelah bahu

moral of the story :
-perempuan kena ada strength dia sendiri jugak.at least. jgn asyik lembik manja memanjang. T.T 
*says-the-girl-with-one and only-lazy-brother
-mari membina muscle strength hiyargh 
-orang mu'min yang kuat lebih baik daripada mu'min yang lemah

ini pendapat aku. kalau hampa rasa perempuan tak elok jugak blatih buat kerja-kerja sederhana berat; don't mind me :D

Friday 31 May 2013

peka

Inas anak kepada ibu yang merupakan seorang doktor. Ayahnya pula guru Biologi. Kombinasi Doktor+Guru sains telah mendidik Inas jadi seorang yang peka akan kesihatan, kebersihan diri dan tempat. 

Sejak kecil, Inas tahu dan hafal ; kalau demam ambik Paracetamol aka Panadol, kalau selsema makan Chlorpheniramine Maleate, ubat tahan sakit nama dia Piriton, ubat cacing albendazole , kalau gatal2 pas makan udang, makan Loratadine dan pelbagai lagi nama-nama pelik ubat-ubat dan penyakit.

Inas juga ada kemahiran mendiagnos penyakit-penyakit minor seperti kudis buta aka scabies , jangkitan fungus aka kulat dan sebagainya. 

maka Inas mula mengapply info-info yang melekat di kepalanya dekat kawan-kawannya. Dilihatnya kawan penuh kudis buta di tangan, pantas ditegurnya supaya cepat-cepat ambik ubat. Seorang budak lelaki yang penuh panau di muka juga ditegurnya. Asalnya budak itu baru hendak minat sikit pada Inas, terus terbantut; Inas penuh prejudis dekat orang bab-bab kebersihan ni. Prinsip Inas ; kita kena rawat penyakit berjangkit yang ada pada kita, supaya tak menjangkiti orang lain. 

Inas rasa sifatnya sangat pembersih . Tambahan pula, selepas SPM, dia  berjaya menggapai tawaran belajar ke Indonesia dalam bidang perubatan. Dia rasa dia sangat sesuai ambil bidang perubatan.

Maka, diteruskan sifatnya itu sampai ke Universiti. Di universiti, dia memanfaatkan background medicnya sepenuhnya untuk belajar medic. 

Dalam kelas contohnya, dia rasa sangat bangga masa tahun 2, dia boleh jawab soalan Dr pasal ubat gout ; allopurinol walaupun masa tu tak masuk bab Purine and Pyrimidine pun lagi. Apa yang kawan-kawannya tak tahu, dia tahu bukan sebab dia study ,tapi sebab ayahnya sakit gout, maka paket pil allopurinol banyak di rumahnya; dia sudah hafal akan nama itu.

Suatu pagi , semasa menunggu pensyarah Anatomy, rakannya Namira datang untuk konsultasi penyakit gatal-gatal gelembung di  tangannya. Inas dengan yakinnya menyelesaikan masalah itu ; Namira terkena jangkitan kulat. Inas tahu itu sebab dia pernah kena simptom yang sebijik macam itu masa dia bergelumang dengan tahi itik lepas SPM 2 tahun lalu.

Inilah rupa itik-itik ternakan Inas lepas SPM dulu


Inas tidak lupa memuji Namira kerana peka dengan keadaan dirinya, tidak lupa Inas masuk lif tekan sendiri , memuji prinsip dirinya dalam membasmi penyakit berjangkit. Namira dengar penuh tekun, terdiam kemudian bersuara perlahan, '' iyalah. Betul juga. Saya terfikir, kalaulah manusia boleh bertindak macam tu dengan dosa-dosa dan tabiat buruk. Asal ada je maksiat pada diri, terus dibasmi takut-takut ia memberi kesan pada org lain. Alangkah baiknya kalau kita jaga kebersihan diri dan hati sama banyak''.

Usai kata-kata itu, Namira pamit untuk menyiapkan kerjanya. Inas terhenyak di situ. Mukanya pucat, otaknya ligat fikir kata-kata Namira. Buat pertama kali dalam hidupnya, ada orang perbetulkan prinsip hidupnya yang tidak berapa betul itu. Mulanya dia berasa sangat malu, tapi difikirkan kembali, dia rasa gembira pula. Lapang.

Mujur ada yang sudi tunjuk jalan buatnya. ALLAH bagi teguran buatnya melalui sahabatnya Namira. Inas senyum lebar ; dia mahu belanja Namira rubu' firakh lepas kelas nanti.

Wednesday 29 May 2013

double standard

apa perasaan manusia
bila dilayan kelas kedua
walau sebenarnya kita sama

isu privasi lebih utama
seolah ada rahsia perlu dijaga
apa yg rahsia pun taktau sebenarnya

cara kita melayan
penentu bagaimana kita dilayan
tunggulah dikau akan balasan

~bukan minta karma, cuma nak kau faham perasaan terpinggir tu macam mana... prinsip boleh nak junjung atas kepala, perasaan orang kena jaga sama~

Tuesday 28 May 2013

ini satu cerita

nama aku Nisaa'. aku menetap dalam suatu binaan yg kukuh di pedalaman. walaupun suhu di sini agak panas, tapi aku mampu survive. kaum aku dah biasa suhu begini.

rumah aku terletak di suatu kampung bernama Kg. Orang Dapur. dan aku ada bilik sendiri dalam rumahku. aku tinggal bersama 400 000 saudara perempuanku yg lain sejak Zaman Matang. setiap drp kami mempunyai pembantu masing2.  asalnya aku punya 600 000 saudara lain di sini semasa Zaman Dulu. tapi semuanya tak berjaya membesar sihat macam aku. sedih, tapi aku akur dgn takdir.

Dalam Zaman Matang, setiap bulan, 10-15 saudara perempuanku akan disiapkan cantik2. dan diberi makanan berkhasiat. dan mereka akan membesar bulat dan montel. kata ibu a.k.a tuan bilik, mereka bersiap2 untuk melakukan tugas yg ALLAH perintahkan buat mereka.

aku gembira lihat mereka membesar. tapi aku sedih, dalam 15, hanya satu yang terpilih untuk menjalankan misi ini. kakak itu memang bernasib baik, dia mempunyai deria yang lebih peka, jadi dia mampu menggunapakai semua khasiat2 yg dicurahkan kepada mereka berlima belas. hanya dia.

mulanya aku anggap ini selfish, tapi sebenarnya, 14 lagi kakak2ku ada peranannya sebelum pergi. mereka turut membantu menyiapkan rumah agam buat si kakak yang satu menetap dalam misinya nanti.

dan peristiwa demikian akan berulang setiap bulan. Kata ibu, dalam Kg. Orang Dapur, hanya 450 calon sahaja akan terpilih menjayakan misi ini. aku berdebar2 menunggu dengan harapan aku terpilih.

suatu hari, aku mendapat berita bahawa aku termasuk dalam 10 calon terpilih untuk pemilihan calon bagi bulan Mac. aku sungguh gembira.

aku dan 9 saudaraku membesar sihat dgn layanan yg diberikan buat kami. kami membina rumah agam beramai2. dan aku lihat 9 mereka semakin lemah ; ternyata aku calon terpilih untuk misi ini.

masanya telah tiba untuk misi penting ini. aku dipaksa keluar dari bilik tempat aku membesar.kubuka pintu Stigma dgn sayu. aku masih sedih dengan pemergian 9 org saudara perempuanku seusai peninggalanku. tapi ini tanggungjawab. aku keluar dengan crown yang cantik , memakai gaun tertutup rapi jenama Zenee Pelangi dan diberi semburan pewangi. ramai flowergirl turut mengiringi peninggalanku. kata ibu, si dia pelengkap misi aku suka dan peka akan bau-bauan.tambahnya, si dia akan mengenaliku melalui pewangi yg kupakai.

aku menaiki bas fimbria melalui terowong untuk sampai ke rumah agam.

kata ibu, aku perlu menanti ketibaan seseorang itu. pembantuku Cik Kuning membantu menghiaskan rumah agam yg telah siap. ditambahnya hiasan di sekeliling rumah itu. Cik Kuning turut membeli stok makanan yg banyak, katanya misi ini panjang dan memenatkan. makanan perlu supaya tidak kebuluran. dia turut membina tali air yg beraliran deras dan berbengkang bengkok sebagai sumber air bersih.

aku menanti selama 24 jam, tetapi si dia tidak datang.Aku mula marah2 dan naik angin. Cik Kuning menyabarkan ; ''sabarlah, mungkin misi ini bukan kamu pelopornya. saudara kamu akan setia meneruskannya.'' Kata2 Cik Kuning menyedarkan aku tugas kami berpanjangan sehingga ALLAH menetapkan masa rehatnya.

Tidak lama kemudian, Cik Kuning pergi meninggalkanku selamanya. aku keseorangan dalam rumah agam ini. Tiada lagi yang akan mengukuhkan rumah agam yg rapuh ini. aku menangis seiring runtuhnya binaan ini ;kenangan terakhirku bersama 9 saudaraku. aku hanyut dalam runtuhan itu ; hatiku meyakinkan saudaraku akan setia dalam perjuangan ini.

tamatlah riwayatku Nisaa' si ovum dalam misi menjaga keturunan manusia.


Monday 27 May 2013

kek arnab


selamat petang. di sini aku nak kongsikan resipi kek carrot feveret aku.
mohon cuba resipi ini.

fakta : 
aku seorang yg cerewet, jadi benda yang aku puji sedap; memang sedap. 
dan bila aku rasa something kurang kat masakan tu, aku akan komen utk improvement *cerewet lebih padahal tak pandai masak sgt pun :p

bagi aku ni, memasak ni kena ikut guru bertauliah :) baru resipi tu jadi. 

Credits to Ree


Ingredients

  • FOR CAKE:
  • 2 cups Sugar
  • 1 cup Vegetable Oil
  • 4 whole Eggs
  • 2 cups All-purpose Flour
  • 1/2 teaspoon Salt
  • 1 teaspoon Baking Soda
  • 1 teaspoon Baking Powder
  • 1 teaspoon Ground Cinnamon
  • 2 cups Grated Carrots
  • _____
  • For Icing
  • 1 stick Regular Butter, Softened
  • 1 package (8 Oz) Cream Cheese
  • 1 pound Powdered Sugar
  • 2 teaspoons Vanilla
  • 1 cup Pecans, Chopped Finely
Preparation Instructions
Cake:
Preheat oven to 350F
Mix together the sugar, oil and eggs in a large bowl. In another bowl sift together flour, salt, baking powder, baking soda and cinnamon. Add to first mixture and combine. Then add carrots and mix well. Pour into a greased and floured (Baker’s Joyed) pan (bundt, sheet cake, 9 x 13 pyrex) and bake at 350F until done, 25 (sheet cake) to 50 (Bundt pan) minutes, depending on the pan you use.
Cool completely.
Icing:
In larger bowl, cream butter and cream cheese. Add sugar and vanilla and blend, then mix in the nuts. Spread on cooled carrot cake.
Eat. Faint. Repeat as needed.
credits to Pioneer Woman, Ree Drummond -->resipi hebat
*aku tak bubuh pun kacang pecan tu sebab malas cari. tapi still ikut lah resipi ni sebijik2 
and aku takda ground cinnamon, so aku tumbuk ja kulit kayu manis dalam lesung bagi dapat 1 teaspoon
pesanan aku mcm pesanan Ree jugak : better bakar dalam loyang nipis (buat sheet cake), senang masak.takyah cucuk2 nak tgk masak ke tak.
kalau nak senang lagi, tuang dalam cawan cupcakes :) tuang smpai 3/4 cup tu ja kay
selamat mencuba :D

Sunday 26 May 2013

persih

tadi macam satu perjumpaan tak rasmi batch
dan jumpa semua kawan2 *hampir semua

and benda yang paling tarik perhatian aku
ialah seri wajah kawan aku
ya ALLAH
wajah tu dah macam transparent
macam boleh nampak sucinya hati dia ni :')
dah lah comel macam snow white hihi

dan si dia kepada dia pun turut ada
dan memang dua orang ni sangat padan ^^

entah la dah berpuluh kali aku dengar
ada budak batch nak kawin
tapi tak ada2 kad jemputannya

maka kali ni aku nak doakan
moga ALLAH permudahkan urusan kengkawan aku
yang nak bina masjid :)

''wahai orang muda, siapa yang mampu dalam kalangan kamu, maka berkahwinlah, kalau tidak mampu berpuasalah kerana puasa itu baginya perisai '' au kama qal Rasulullah s.a.w

aku sapoter hampa wey~
takat jadi tukang basuh pinggan lepas kot
*pegang pom-pom*
(cepat2 bagi tau ma bah , aku kalau nak kawin belum tentu berani cakap dengan parents)

sori la kalau geli baca pos ni wee
yang pasti aku tak sabar habis exam
dan naik tahun tiga insyaALLAH :D

oh btw: persih tu bukan 'bersih' salah eja tau. 'persih' tu sendiri maknanya 'suci bersih' :D vocab ni aku dapat baca Seikat Kembang Merah-Imaen~


Saturday 18 May 2013

makan tidur

bismillah.
post ni ringkasan apa yg aku paham berkenaan topik ''nafsu makan dan nafsu tidur'' dalam kelas Al-Allamah Habib Umar Al-Hafiz semalam

PEDIH macam perah air limau kat luka.



MAKAN :

-banyak kenyang antara faktor yg merosakkan manusia.

-satu hadis Nabi s.a.w : '' orang paling lapar di akhirat ialah orang yg paling banyak kenyang di dunia'' :'( dan masa Habib terang point2 ni, sebelah aku ada plastik asmak thazah yg berisi. gulp..

-diletakkan ilmu dalam lapar, dan maksiat dan kejahilan dalam kenyang

-semua maksiat anggota berpunca daripada kekuatan yg kita dapat sebab kenyang.

-orang muslim berkumpul sekeliling masjid manakala orang kenyang berkumpul dekat tong2 sampah :'(

-lapar itu zahirnya xbest. sbb pedih perut dsb. tapi ingat, ubat tu jadi ubat bukan sebab pahit, tapi sebab khasiatnya.

-antara khasiat lapar : melembutkan hati, jimat duit, mengingati org2 lapar dan banyak lagi. dan lapar terbaik ialah puasa kan..

TIDUR:

-tidur jangan lebih 8 jam sehari, sebab 8 jam tu dah 1/3 dpd 24 jam. dan secara mudahnya,dgn tidur yg 8 jam, kalau kita dah hidup 3 tahun, 1 tahun tu utk tidur ja...dan kalau hidup 60 tahun, 20 tahun kita habiskan dengan tidur.

zupp..memang topik semalam sangat pedih...

maka , malam ini ialah malam last ..jom lah berduyun2 memenuhi taman syurga ini...

kata ulama, ''siapa yg tidak pernah menmbaca kitab Ihya' , dia bukan dalam kalangan ahya' (org2 yg hidup) T.T daku pon baru fes time

dan beza ulama akhirat dengan ulama dunia : ulama akhirat suka akan kitab Imam Ghazali ,manakala ulama' dunia tidak.

sebarang silap mohon pembetulan sebab aku manusia

~dah mula rasa bertambah manis hidup di Mesir~