Friday 31 May 2013

peka

Inas anak kepada ibu yang merupakan seorang doktor. Ayahnya pula guru Biologi. Kombinasi Doktor+Guru sains telah mendidik Inas jadi seorang yang peka akan kesihatan, kebersihan diri dan tempat. 

Sejak kecil, Inas tahu dan hafal ; kalau demam ambik Paracetamol aka Panadol, kalau selsema makan Chlorpheniramine Maleate, ubat tahan sakit nama dia Piriton, ubat cacing albendazole , kalau gatal2 pas makan udang, makan Loratadine dan pelbagai lagi nama-nama pelik ubat-ubat dan penyakit.

Inas juga ada kemahiran mendiagnos penyakit-penyakit minor seperti kudis buta aka scabies , jangkitan fungus aka kulat dan sebagainya. 

maka Inas mula mengapply info-info yang melekat di kepalanya dekat kawan-kawannya. Dilihatnya kawan penuh kudis buta di tangan, pantas ditegurnya supaya cepat-cepat ambik ubat. Seorang budak lelaki yang penuh panau di muka juga ditegurnya. Asalnya budak itu baru hendak minat sikit pada Inas, terus terbantut; Inas penuh prejudis dekat orang bab-bab kebersihan ni. Prinsip Inas ; kita kena rawat penyakit berjangkit yang ada pada kita, supaya tak menjangkiti orang lain. 

Inas rasa sifatnya sangat pembersih . Tambahan pula, selepas SPM, dia  berjaya menggapai tawaran belajar ke Indonesia dalam bidang perubatan. Dia rasa dia sangat sesuai ambil bidang perubatan.

Maka, diteruskan sifatnya itu sampai ke Universiti. Di universiti, dia memanfaatkan background medicnya sepenuhnya untuk belajar medic. 

Dalam kelas contohnya, dia rasa sangat bangga masa tahun 2, dia boleh jawab soalan Dr pasal ubat gout ; allopurinol walaupun masa tu tak masuk bab Purine and Pyrimidine pun lagi. Apa yang kawan-kawannya tak tahu, dia tahu bukan sebab dia study ,tapi sebab ayahnya sakit gout, maka paket pil allopurinol banyak di rumahnya; dia sudah hafal akan nama itu.

Suatu pagi , semasa menunggu pensyarah Anatomy, rakannya Namira datang untuk konsultasi penyakit gatal-gatal gelembung di  tangannya. Inas dengan yakinnya menyelesaikan masalah itu ; Namira terkena jangkitan kulat. Inas tahu itu sebab dia pernah kena simptom yang sebijik macam itu masa dia bergelumang dengan tahi itik lepas SPM 2 tahun lalu.

Inilah rupa itik-itik ternakan Inas lepas SPM dulu


Inas tidak lupa memuji Namira kerana peka dengan keadaan dirinya, tidak lupa Inas masuk lif tekan sendiri , memuji prinsip dirinya dalam membasmi penyakit berjangkit. Namira dengar penuh tekun, terdiam kemudian bersuara perlahan, '' iyalah. Betul juga. Saya terfikir, kalaulah manusia boleh bertindak macam tu dengan dosa-dosa dan tabiat buruk. Asal ada je maksiat pada diri, terus dibasmi takut-takut ia memberi kesan pada org lain. Alangkah baiknya kalau kita jaga kebersihan diri dan hati sama banyak''.

Usai kata-kata itu, Namira pamit untuk menyiapkan kerjanya. Inas terhenyak di situ. Mukanya pucat, otaknya ligat fikir kata-kata Namira. Buat pertama kali dalam hidupnya, ada orang perbetulkan prinsip hidupnya yang tidak berapa betul itu. Mulanya dia berasa sangat malu, tapi difikirkan kembali, dia rasa gembira pula. Lapang.

Mujur ada yang sudi tunjuk jalan buatnya. ALLAH bagi teguran buatnya melalui sahabatnya Namira. Inas senyum lebar ; dia mahu belanja Namira rubu' firakh lepas kelas nanti.

Wednesday 29 May 2013

double standard

apa perasaan manusia
bila dilayan kelas kedua
walau sebenarnya kita sama

isu privasi lebih utama
seolah ada rahsia perlu dijaga
apa yg rahsia pun taktau sebenarnya

cara kita melayan
penentu bagaimana kita dilayan
tunggulah dikau akan balasan

~bukan minta karma, cuma nak kau faham perasaan terpinggir tu macam mana... prinsip boleh nak junjung atas kepala, perasaan orang kena jaga sama~

Tuesday 28 May 2013

ini satu cerita

nama aku Nisaa'. aku menetap dalam suatu binaan yg kukuh di pedalaman. walaupun suhu di sini agak panas, tapi aku mampu survive. kaum aku dah biasa suhu begini.

rumah aku terletak di suatu kampung bernama Kg. Orang Dapur. dan aku ada bilik sendiri dalam rumahku. aku tinggal bersama 400 000 saudara perempuanku yg lain sejak Zaman Matang. setiap drp kami mempunyai pembantu masing2.  asalnya aku punya 600 000 saudara lain di sini semasa Zaman Dulu. tapi semuanya tak berjaya membesar sihat macam aku. sedih, tapi aku akur dgn takdir.

Dalam Zaman Matang, setiap bulan, 10-15 saudara perempuanku akan disiapkan cantik2. dan diberi makanan berkhasiat. dan mereka akan membesar bulat dan montel. kata ibu a.k.a tuan bilik, mereka bersiap2 untuk melakukan tugas yg ALLAH perintahkan buat mereka.

aku gembira lihat mereka membesar. tapi aku sedih, dalam 15, hanya satu yang terpilih untuk menjalankan misi ini. kakak itu memang bernasib baik, dia mempunyai deria yang lebih peka, jadi dia mampu menggunapakai semua khasiat2 yg dicurahkan kepada mereka berlima belas. hanya dia.

mulanya aku anggap ini selfish, tapi sebenarnya, 14 lagi kakak2ku ada peranannya sebelum pergi. mereka turut membantu menyiapkan rumah agam buat si kakak yang satu menetap dalam misinya nanti.

dan peristiwa demikian akan berulang setiap bulan. Kata ibu, dalam Kg. Orang Dapur, hanya 450 calon sahaja akan terpilih menjayakan misi ini. aku berdebar2 menunggu dengan harapan aku terpilih.

suatu hari, aku mendapat berita bahawa aku termasuk dalam 10 calon terpilih untuk pemilihan calon bagi bulan Mac. aku sungguh gembira.

aku dan 9 saudaraku membesar sihat dgn layanan yg diberikan buat kami. kami membina rumah agam beramai2. dan aku lihat 9 mereka semakin lemah ; ternyata aku calon terpilih untuk misi ini.

masanya telah tiba untuk misi penting ini. aku dipaksa keluar dari bilik tempat aku membesar.kubuka pintu Stigma dgn sayu. aku masih sedih dengan pemergian 9 org saudara perempuanku seusai peninggalanku. tapi ini tanggungjawab. aku keluar dengan crown yang cantik , memakai gaun tertutup rapi jenama Zenee Pelangi dan diberi semburan pewangi. ramai flowergirl turut mengiringi peninggalanku. kata ibu, si dia pelengkap misi aku suka dan peka akan bau-bauan.tambahnya, si dia akan mengenaliku melalui pewangi yg kupakai.

aku menaiki bas fimbria melalui terowong untuk sampai ke rumah agam.

kata ibu, aku perlu menanti ketibaan seseorang itu. pembantuku Cik Kuning membantu menghiaskan rumah agam yg telah siap. ditambahnya hiasan di sekeliling rumah itu. Cik Kuning turut membeli stok makanan yg banyak, katanya misi ini panjang dan memenatkan. makanan perlu supaya tidak kebuluran. dia turut membina tali air yg beraliran deras dan berbengkang bengkok sebagai sumber air bersih.

aku menanti selama 24 jam, tetapi si dia tidak datang.Aku mula marah2 dan naik angin. Cik Kuning menyabarkan ; ''sabarlah, mungkin misi ini bukan kamu pelopornya. saudara kamu akan setia meneruskannya.'' Kata2 Cik Kuning menyedarkan aku tugas kami berpanjangan sehingga ALLAH menetapkan masa rehatnya.

Tidak lama kemudian, Cik Kuning pergi meninggalkanku selamanya. aku keseorangan dalam rumah agam ini. Tiada lagi yang akan mengukuhkan rumah agam yg rapuh ini. aku menangis seiring runtuhnya binaan ini ;kenangan terakhirku bersama 9 saudaraku. aku hanyut dalam runtuhan itu ; hatiku meyakinkan saudaraku akan setia dalam perjuangan ini.

tamatlah riwayatku Nisaa' si ovum dalam misi menjaga keturunan manusia.


Monday 27 May 2013

kek arnab


selamat petang. di sini aku nak kongsikan resipi kek carrot feveret aku.
mohon cuba resipi ini.

fakta : 
aku seorang yg cerewet, jadi benda yang aku puji sedap; memang sedap. 
dan bila aku rasa something kurang kat masakan tu, aku akan komen utk improvement *cerewet lebih padahal tak pandai masak sgt pun :p

bagi aku ni, memasak ni kena ikut guru bertauliah :) baru resipi tu jadi. 

Credits to Ree


Ingredients

  • FOR CAKE:
  • 2 cups Sugar
  • 1 cup Vegetable Oil
  • 4 whole Eggs
  • 2 cups All-purpose Flour
  • 1/2 teaspoon Salt
  • 1 teaspoon Baking Soda
  • 1 teaspoon Baking Powder
  • 1 teaspoon Ground Cinnamon
  • 2 cups Grated Carrots
  • _____
  • For Icing
  • 1 stick Regular Butter, Softened
  • 1 package (8 Oz) Cream Cheese
  • 1 pound Powdered Sugar
  • 2 teaspoons Vanilla
  • 1 cup Pecans, Chopped Finely
Preparation Instructions
Cake:
Preheat oven to 350F
Mix together the sugar, oil and eggs in a large bowl. In another bowl sift together flour, salt, baking powder, baking soda and cinnamon. Add to first mixture and combine. Then add carrots and mix well. Pour into a greased and floured (Baker’s Joyed) pan (bundt, sheet cake, 9 x 13 pyrex) and bake at 350F until done, 25 (sheet cake) to 50 (Bundt pan) minutes, depending on the pan you use.
Cool completely.
Icing:
In larger bowl, cream butter and cream cheese. Add sugar and vanilla and blend, then mix in the nuts. Spread on cooled carrot cake.
Eat. Faint. Repeat as needed.
credits to Pioneer Woman, Ree Drummond -->resipi hebat
*aku tak bubuh pun kacang pecan tu sebab malas cari. tapi still ikut lah resipi ni sebijik2 
and aku takda ground cinnamon, so aku tumbuk ja kulit kayu manis dalam lesung bagi dapat 1 teaspoon
pesanan aku mcm pesanan Ree jugak : better bakar dalam loyang nipis (buat sheet cake), senang masak.takyah cucuk2 nak tgk masak ke tak.
kalau nak senang lagi, tuang dalam cawan cupcakes :) tuang smpai 3/4 cup tu ja kay
selamat mencuba :D

Sunday 26 May 2013

persih

tadi macam satu perjumpaan tak rasmi batch
dan jumpa semua kawan2 *hampir semua

and benda yang paling tarik perhatian aku
ialah seri wajah kawan aku
ya ALLAH
wajah tu dah macam transparent
macam boleh nampak sucinya hati dia ni :')
dah lah comel macam snow white hihi

dan si dia kepada dia pun turut ada
dan memang dua orang ni sangat padan ^^

entah la dah berpuluh kali aku dengar
ada budak batch nak kawin
tapi tak ada2 kad jemputannya

maka kali ni aku nak doakan
moga ALLAH permudahkan urusan kengkawan aku
yang nak bina masjid :)

''wahai orang muda, siapa yang mampu dalam kalangan kamu, maka berkahwinlah, kalau tidak mampu berpuasalah kerana puasa itu baginya perisai '' au kama qal Rasulullah s.a.w

aku sapoter hampa wey~
takat jadi tukang basuh pinggan lepas kot
*pegang pom-pom*
(cepat2 bagi tau ma bah , aku kalau nak kawin belum tentu berani cakap dengan parents)

sori la kalau geli baca pos ni wee
yang pasti aku tak sabar habis exam
dan naik tahun tiga insyaALLAH :D

oh btw: persih tu bukan 'bersih' salah eja tau. 'persih' tu sendiri maknanya 'suci bersih' :D vocab ni aku dapat baca Seikat Kembang Merah-Imaen~


Saturday 18 May 2013

makan tidur

bismillah.
post ni ringkasan apa yg aku paham berkenaan topik ''nafsu makan dan nafsu tidur'' dalam kelas Al-Allamah Habib Umar Al-Hafiz semalam

PEDIH macam perah air limau kat luka.



MAKAN :

-banyak kenyang antara faktor yg merosakkan manusia.

-satu hadis Nabi s.a.w : '' orang paling lapar di akhirat ialah orang yg paling banyak kenyang di dunia'' :'( dan masa Habib terang point2 ni, sebelah aku ada plastik asmak thazah yg berisi. gulp..

-diletakkan ilmu dalam lapar, dan maksiat dan kejahilan dalam kenyang

-semua maksiat anggota berpunca daripada kekuatan yg kita dapat sebab kenyang.

-orang muslim berkumpul sekeliling masjid manakala orang kenyang berkumpul dekat tong2 sampah :'(

-lapar itu zahirnya xbest. sbb pedih perut dsb. tapi ingat, ubat tu jadi ubat bukan sebab pahit, tapi sebab khasiatnya.

-antara khasiat lapar : melembutkan hati, jimat duit, mengingati org2 lapar dan banyak lagi. dan lapar terbaik ialah puasa kan..

TIDUR:

-tidur jangan lebih 8 jam sehari, sebab 8 jam tu dah 1/3 dpd 24 jam. dan secara mudahnya,dgn tidur yg 8 jam, kalau kita dah hidup 3 tahun, 1 tahun tu utk tidur ja...dan kalau hidup 60 tahun, 20 tahun kita habiskan dengan tidur.

zupp..memang topik semalam sangat pedih...

maka , malam ini ialah malam last ..jom lah berduyun2 memenuhi taman syurga ini...

kata ulama, ''siapa yg tidak pernah menmbaca kitab Ihya' , dia bukan dalam kalangan ahya' (org2 yg hidup) T.T daku pon baru fes time

dan beza ulama akhirat dengan ulama dunia : ulama akhirat suka akan kitab Imam Ghazali ,manakala ulama' dunia tidak.

sebarang silap mohon pembetulan sebab aku manusia

~dah mula rasa bertambah manis hidup di Mesir~

Thursday 16 May 2013

paksarela

fake it till you make it
-kata Hlovate

adapun dalam jiwa manusia
paling lekeh pun akan ada
satu suara entah siapa empunya
mengajak manusia menjadi manusia

setiap kali kau di simpang jalan
keliru akan kupilih kiri kanan
ikutlah suara ikhlas itu
walau rasa terpaksa itu ada

kerana dengan setiap penolakan
suara itu akan hilang
seiring lucutnya kemanusiaan
daripada diri manusia

Saturday 11 May 2013

statik

bismillah
hari ni tetiba semangat nak tulis pasal syair arab
fakta : aku memang suka bahasa Arab, cuma malas nak pegi kelas arab :p

ni lah bidio nya..takleh nak post via youtube, so aku bagi link je kay

''Dalam sebuah syair yang dinasabkan kepada imam asy-syafie rahmatullah ta3ala 3alaih, beliau berkata :

ما في المقام لذي عقل و ذي أدب # من راحة، فدع الأوطان و اغترب 

Tiada diamnya bagi yang beraqal dan beradab # dari kerehatan, maka tingga
lkan negeri dan rasailah keasingan ''

-kredit kepada kawan aku utk ayat atas ni

ni bait penuh :

مافي المقام لذي عقل وذي أدب
من راحة فدع الأوطان واغترب
سافر تجد عوضا عمن تفارقه
وانصب فإن لذيذ العيش في النصب
إني رأيت وقوف الماء يفسده
إن ساح طاب وإن لم يجر لم يطب
والأسد لولا فراق الأرض ما افترست
والسهم لولا فراق القوس لم يصب
والشمس لو وقفت في الفلك دائمة
لملها الناس من عجم ومن عرب
و التبغ كالترب ملقى في أماكنه
والعود في أرضه نوع من الحطب
فإن تغرب هذا عز مطلبه
وإن تغرب ذاك عز كالذهب

كلمات : الإمام الشافعي رحمه الله

antara point penting syair (yg aku paham, hakhakhak) 

-org beriman ni takleh duduk statik setempat je..(macam aku la musim2 exam ni -.-)
manusia fitrahnya dinamik. tgk badan sendiri la ; enzyme yg dia nak guna waktu tu, dia akan buat baru then enzyme tu akan di'destroy/deactivate' ...lojik la sgt kan kalau aku umur 20 tahun, protein badan aku pun tua jugak -.- tak, they are constantly changing

-pastu Imam Syafiee rahimahullah sebut, إني رأيت وقوف الماء يفسده : sesungguhnya aku nampak diamnya air itu merosakkannya.. 
betullah, kalau air bertakung, jadi tempat nyamuk beranak, klu masuk  najis pun senang berubah sifat..
macam tu jugak manusia~ (tu yang aku time exam ni jadi tak betul , malas keluar rumah, duduk terperuk maka jadilah perangai serupa beruk hew3)

-kepentingan mengembara cari pengalaman. 
definisi mengembara tu bagi aku cukup dengan aku naik metro/ bas/tramco ke tempat2 baru/biasa..dan aku akan tengok luar tingkap, perhati perangai org . sebenarnya benda ni walaupun penat, tapi mengisi. sebab bagi aku, kalau kita tgh dalam kenderaan2 camni, selalunya kita akan banyak muhasabah dan mudah nk zikir/baca qur'an sebab terikut org mesir suka baca qur'an kat mana2 je (and maybe sebab takut mati eksiden sbb tramco laju sgt mungkin (eh?))


ini antara benda yg aku akan rindu everytime balik Malaysia
okey nampaknya dah agak panjang...
bukan apa, banyak cakap (tulis) , banyak lah salahnya~
semoga ada yg bermanfaat