Thursday, 17 April 2014
Fruitless
Elma mengunyah crepe firakh perlahan.
Dia lapar. Tabiat tidurnya yang kacau bilau tidak menyempatkannya untuk sarapan.
Perlahan-lahan perutnya senyap; berhenti merengek. Tetiba muncul Ilia dari belakang ; 'Macam sedap ja, apa tu?'
Tanpa menoleh, Elma menghulurkan crepe. Erti benar maksud pertanyaan Ilia.
Ilia mengunyah rakus. Tangan menggenggam telefon pintar tercanggih di pasaran. "Nah, tenkiu sangat " sambil menghulurkan crepe yg berbaki separuh.
Dalam hati Elma menyumpah, Ilia sanggup menabung untuk membeli gajet terkini dan pakaian mahal. Tapi bab makan sanggup mengendeng orang lain.
Mulut tak habis berzikir tiada duit, padahal...
Elma terlupa, bahawa tangan yg memberi itu lebih baik daripada yg menerima. Dan adalah org mukmin itu makan dgn satu perut, memadai dgn sedikit makanan. Apa lah salahnya berkongsi dan menggembirakan rakan.
Usai makan, langkahan kaki melaju ke kelas Parasitology. Hari ni akan belajar tentang serangga.
Sampai ke kelas, doktor sudah pun mensyarahkan dua ayat. Elma fokus. Antara isi yang didapati adalah perlunya berkuku pendek dan menjaga kebersihan.
Elma mengerling jemari. Panjang kukunya dan kuning dek kunyit. Mata kembali ke skrin putih. Kelas tamat.
Seperti biasa, Elma berkejar pulang ke rumah, mahu tonton siri terbaru Grey's Anatomy. Pintu rumah dikuak, bau masam menerpa.
Ada sampah di dapur. Bila diamati ada berenga berlompatan gembira di balik lelemak ayam. "Ah biarlah. Ni sapa punya sampah tak bertugas ni".
Elma terus menonton gembira.
Moral : Amalkan apa yang dipelajari. Sembang kencang tiada menyumbang, kotakan perkataan baru dikira kejayaan.