Friday, 15 February 2013

hari ini

hari macam ni antara hari yang dibenci
hari yang rasa nak tidur sepanjang hari,
bangun2 dah masuk hari baru

hari macam ini lah
kau dan aku terpisah
nafsi nafsi
sendiri sendiri

kau dan aku tak mungkin
akan duduk dan bicara isu hari ni
kata kamu aku tak memahami
aku boleh anggap diri aku 'lucky'
kau terusan fikir malangnya diri

maka aku diam zip kunci bibir
kau tenggelam dalam dunia asing
katamu aku bukan dalam kasutmu
kita bukan juga saiz kaki yg satu

entah sampai bila
aku kan punya kudrat itu
duduk bersila bicara isu itu
tanpa malu segan silu
aku juga manusia kautahu?

maka aku hanya menanti
hari ini berlalu
bawa pergi awan mendung atas pundakmu
dan kita kembali semesra selalu
hingga datang kembali hari seperti hari ini

nota : post ini ditulis pada hari keluar result tapi tak dapat dipost kerana masalah teknikal

2 comments:

  1. In Shaa Allah, apa yang berlaku, ada hikmahnya. Mungkin perlu diberikan masa kepada si dia.

    ReplyDelete
  2. huhu.doakan..isu sensitip ni lh merosakkan hubungan

    ReplyDelete