Wednesday, 28 May 2014

Madu

Manusia mendamba gula
Manis pada kata

Ya, boleh diusaha
Yang kejung boleh cuba cuba
Akan tetapi lebih baik jika kata dikota

Ironi
Kata bersira madu
Tebing bibir ditanam tebu

Akan tetapi yang terzahir
Perilaku penting diri
Praktikal tiada erti
Aku jaga kepentingan diri
Kau urus kemahuan sendiri

Yang penting
Mulut sudah manis
Dan orang sudah saksi

Kerana apa yang penting ialah pandangan manusia~

#Kerana aku bosan dengan manis kata
Layani aku dengan perlakuan bukti cinta
Jika aku tiada kepentingan buatmu, maka tidak mengapa
Aku ingin sekali merasa apa yang bukan sisa

#ActionScreamsLouder
#PureSelfishness

No comments:

Post a Comment