Sunday, 2 August 2015

hai :)

assalamualaikum.

just a random sharing of what happened today.
hari pertama posting elektif kat Dept ENT HSB.

intro.
Dept ENT kat HSB ni antara yang tersibuk dan terhebat di Malaysia setaraf dengan HKL.
Dr Azlina, MO grad UKM yang ramah tu bagitau untung lah dapat ENT, banyak boleh belajar sebab banyak kes.
Kes yang direfer dari hospital Penang , Ipoh even Sabah Sarawak pon ada..

ENT Dept ni takda HO, so MO la kena buat kerja-kerja HO.
A surprising thing is, kalau kat mesir takda langsung dr pompuan kat ENT, kat Malaysia banyak ja. Pakar pompuan pon ada.

''ENT ni bidang yang sesuai untuk pompuan''- Dr Azlina.
maybe sebab tak kasar sangat kot.

aku tanya Dr Azlina apa endemic diseases of ENT kat Malaysia, dia kata takda sangat.
emergency cases selalulnya berkaitan larynx. sebab airways kan.

common cancers : NPC for Chinese (sebab genetics and dietary pattern : banyak pickles and preserved foods. Malays pun boleh dapat kalau ikut gaya makan ni , kata Farzana Sahira Ariffuddin . ayah beliau antara NPC survivors. )

kalau kaum india banyak oral and tongue cancers . sebab tabiat makan pinang (betel nuts) dan sirih.
kalau melayu pulak pelbagai lah.

Dr Azlina tanya kanser ENT kat Egypt banyak apa?
aku jawab cancer larynx. ya ya ja..

yup betul. cancer larynx is even the commonest head and neck cancer in egypt..
rujuk link ni link daripada Egyptian Cancer Resources

the most significant patient today is Pakcik Azizan. He got multiple disorders actually.
antaranya uncontrolled DM. Ada acute exacerbation of safe CSOM, complicated by acute mastoditis.
kurus sangat sebab DM kot.

sebelum ni konsep yang aku dapat, complications of OM ni rare sebab kita dah di era antibiotics.
yup, betul rare. tapi common kalau orang tu DM especially uncontrolled. sebab immunity dia lowered (by microangiopathy and decreased leucocytic activity)

i saw Reservoir sign and sagging of posterosuperior meatal wall for the first time. hee :D
pus memang sangat banyak . masa dr buat aural toilet pon tak habis habis.

up next is lesson from speech therapy room. bersyukur dengan nikmat pertuturan. adik kita ka kalau mulut becok bercakap tu layan aja. ada adik orang lain yang 3 tahun  tak boleh sebut ''mama'' ''ayah'' lagi. tak kenal nama sendiri lagi. nak apa tunjuk ja kat mak ayah. tak reti sebut.

also got an applicable example. most dr pompuan pakai sempoi aja. either tudung soft awning/ shawl mudah diiron/ tudung dengan awning keras-yang-dah-rosak-sebab-basuh-mesin-macam-mak-aku. haha. muka pulak cukup dengan nur wudhu. eceh.

tenkiu mak sebab ajar kami jadi sempoi takyah mekap tebai-tebai.

haha. next, if your mom is a career woman, just appreciate her wrinkles, her sunburn and her early freckles.
do not compare your mom dengan mak yang kerja bawah bumbung rumah tak kena UV rays :)
semua orang berlainan :)

sekian untuk hari ini. semoga bermanfaat.
esok kena breakfast nasik sebelum mula supaya perut tak teriak.




2 comments:

  1. Hari ni specialist Dr Aizam kata ENT HSB ni ialah pusat referral untuk zon utara. Dan blh jadi lebih dpd utara sbb banyak pakar sini ada subspecialities masing2

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete