Bismillah.
Tahun klinikal.
Yang mana hidup aku lebih berputar sekitar pesakit dan hospital.
Sangat sangat sangat sangat terharu dan berterima kasih dekat pesakit2.
Sangat sangat sangat cooperative dan hormat doktor.
Dr Salma Dowara kata, Kasr al-Ainy ialah satu institut yang disegani rakyat Mesir. Sebab depa tau ada doktor hebat-hebat dan rawatan percuma. Pesakit akan bersetuju untuk diperiksa, sebab depa tau, dengan tu boleh bagi pelajar medik belajar dan jadi doktor hebat.
Ini satu pemikiran manusia berhati besar dan berpandangan jauh. Wallahi ! Tak dak perkataan lain nak describe pemikiran tu.
Mungkin ledakan telefon pintar tak sampai kepada pesakit-pesakit miskin ni, maka depa tak dak la nak viralkan apa yang pelajar dan doktor buat kat depa, dan depa jugak berterima kasih atas perkhidmatan percuma, so depa bersyukur dan tak komen apa-apa.
Sungguh, bila dilayan dengan baik oleh pesakit, motivasi nak jadi doktor tu sangat hebat. Dan kita pun lebih hormat kat depa.
Aku rasa kalau aku sakit pun belum tentu aku bagi pelajar cek aku T.T
Belum tentu aku ceria dan sedia kongsi maklumat untuk student ambik history.
Salute to all Egyptian patients, you da bomb! :")
No comments:
Post a Comment