Sunday 27 January 2019

Pulang

Tuhan memanggil kita pulang
Dengan membentang jalan

Jalan yang tidak diambil orang
Tuhan mahu kita tinggalkan
Semua kesedapan dan selesa tilam
Meresik suara ayah bonda
Dan air tangan penghilang duka

Serahkan kembali gebu dan harum
kucing, dan aroma nyaman
bunga-bungaan, dan harum
tanah, dan sejuk persih
semilir hutan.

Tuhan mahu sepenuh perhatian
Sesungguh pengharapan
Dari hamba

Hamba pulang
dengan perlahan
Hati tertahan

Hamba pulang.

Dengan Nama Tuhan.


No comments:

Post a Comment