malam ni makcik nak kongsikan resipi puding roti~ hikhok seyes rasa cam makcik2
Bahan-bahan :
8 keping roti (roti putih atau fino/campur pun boleh tapi guna roti putih paling sedap)
2 cawan susu(untuk rendam roti, kalau tak cukup tambah sikit lagi. Fino selalu guna susu banyak sikit)
2 biji telur
2 peket vanilla (penting!!! kalau tak, puding anda akan bau telur yang bersangatan ; tak lalu makan)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar marjerin/mentega (aku guna 'rawabi' ja)
8 sudu besar gula
Untuk kastad (optional)
1 cawan susu
2 sudu besar serbuk kastad
Gula secukup rasa
Cara buat :
1. Carikkan roti kecik-kecik
2. Rendam roti dalam susu. Set aside
3. Pukul bahan-bahan yang berbaki dalam mangkuk asing.
4. Campurkan semua bahan dengan roti.
5. Bakar/kukus sampai masak. (Jangan tanya suhu berapa, sebab aku pakai oven gas.make sure api tak kuat sangat, nanti kerak tebal aka hangus)
Kastad :
Masak ja semua bahan tu dengan api slow.
Kacau non-stop sampai pekat
Bila masak, sapu atas puding yang dah siap dan sejuk.
Boleh lah makan bersama ahli beit dan sedekahkan sikit kalau takut tak habis. :D
Ni gambar pakcik google yang paling iras puding ni |
takda gambar real.sebab kamera phone tak cantik.
No comments:
Post a Comment