Jambu air dan Nangka hidup bersama dalam suatu taman.
Hidup mereka tenang tanpa ancaman.
Suatu musim panas, serangga pantas membiak. Lalat, tebuan dan lain-lain begitu banyak cuba menghurung dan menggetus isi Jambu air dan Nangka.
Tuan ladang mengambil keputusan untuk membalut Nangka dan Jambu air yang sedang membesar. Dia bimbang serangga-serangga lapar itu merosakkan buah-buahannya.
Diberikan pakaian sesuai buat dua buah itu mengikut saiz mereka. Dipastikan pembalut daripada suratkhabar dan anyaman kelapa itu berstaple rapi , longgar supaya mudah bergerak dan apabila membesar, pembalut tetap utuh dan tidak koyak.
Jambu air dibalut sampul suratkhabar berstaple , bukaannya diikat tali sabut pisang supaya serangga tidak bolos. Nangka dibalut anyaman daun kelapa kering yang berlubang-lubang kecil supaya pengudaraan elok dan isi nangka tidak busuk.
Nangka tidak puas hati dengan balutan diberi. Dia rasa balutannya tidak menyerlahkan baunya yang lazat dan rupa bentuknya yang cantik. Dia mahu balutan Jambu air. Suratkhabar nampak lebih moden, dakwanya.
Jambu air cuba membatalkan hasrat Nangka ; tegasnya balutan masing-masing sudah cukup menutupi dan menjaga. Nangka kecil hati dengan Jambu air, dia yakin Jambu air cemburu dan mahu tukar balutan juga. Mereka tidak bertegur sapa.
Suatu petang, petani kehabisan anyaman kelapa untuk membalut Nangka-nangka lain. Maka digunakan kertas suratkhabar sebagai ganti. Nangka memerhati penuh iri.
Minggu berikutnya, petani mahu mengambil nangka untuk dijual. Diambilnya yang berbalut suratkhabar dan dibelah. Nangka memerhati dari jauh.
Sebaik dibelah, kelihatan ulat-ulat berjatuhan, melompat-lompat turun dari isi nangka. Petani kecewa, terus dilemparkan isi nangka berulat ke kandang kambing. Kambing mengunggis gembira.
Rupanya , balutan suratkhabar petani terkoyak, lalu serangga datang mendeposit telur pada nangka itu. Dan telur itu jadi ulat yang banyak.
Nangka di pokok memerhati penuh insaf. Rupanya ada hikmah balutan daun kelapa. Dia mahu dirinya terjaga daripada serangga-serangga itu.
Nangka dan Jambu air kembali bersahabat baik selepas itu.
dapat isi cerita? okeh bai
Hidup mereka tenang tanpa ancaman.
Petani tersenyum gembira :D |

terbaik..! ALLAH ALLAH..
ReplyDelete*mula-mula serius ingat nak cerita pasal nangka n jambu..
SEDAPNYA.....!
hakhak..cheesy kan wat cita2 camni..tapi aku suka hihi
ReplyDelete