Mengutip mutiara dari gerutu tiram
Dan aku terbayang watak Syed Abid dan rahsianya
Rahsia Ummi.
Feel like it's meant to be.
Breathe it out
And be free
Mengutip mutiara dari gerutu tiram
Dan aku terbayang watak Syed Abid dan rahsianya
Rahsia Ummi.
Feel like it's meant to be.
Breathe it out
And be free
Haha
It's refreshing to try something new :DD
Seriously i think my old job is just like treasure hunt.
You look for and document long lost unrecorded informations that most probably end up ignored.
Its just like a big waste of time.
Anyways i proved that I am a fast learner.
And i should embrace that gift.
(Ain't boasting just realizing )
Hashtag Cuba cuba aplikasi sudut pandangan lebah ; hanya memandang sisi indah dan manis.
Tapi belum berjaya pada seseorang.
Fobia kot.
Si bengkok meringkuk
Hakikat dan majaz terketuk
Direnggut kasar dimamah cambuk
Langsung diperosok cuba memasuk
Di tempat asalnya layu terperuk
Panca opor sudahkah dicicip ?
Cubalah meski pahit
Dan menyiat perit
Momentum beranak dan ada yang retak
Dingin membuah nyilu tiap subuh malu malu
Dan keratin mereput
Memutar pita kaset dengan pensel
Dan menyesal mencuba keluar bulatan
Cuba menghalau lalat di pinggiran sedang apa yang dicari hanya sedikit cairan
Lalat cuba juga hinggap pada talam lain
Setiap kali menjatuhkan sista, kuman meraja
Ah persetankan itu
Tuhan membiarkan lubang untuk bertukang
Tiada erti lintang pukang kerana tulisan sudah terbentang
Kenyang lah daripada bayang-bayang dan terbangkan layang-layang
Biar tinggi di langit biru dan tiada siapa tahu
Aroma lembut lavender
Seluruh ceruk dirajai tenang
Seharusnya damai
Tapi ada yang terkapai cuba menggapai
Dua bulan
Ditinggalkan dan meninggalkan
Hakikat yang menyedihkan;
Iaitu perpisahan
Yang kuat jatuh berulang dan bangun cemerlang
Si lemah terduduk lentang masih menyalahkan lantai berlubang
Maka tiada lah diberi angin meroboh melainkan akar sebenar kukuh
Moga darjat ditinggi
Gelemat dosa dihabisi
Dan gunung kebajikan teguh didiri
Sabar akan memekar
Iman kian kekar
Itulah sekuat pagar
Spektrum penenang
Firus, sian, biru,
Cerah gelap yang indah
Lembut bergulung
Membelai halus
Tidak jemu mengelus
Setia bahkan
Sepapat nemo dan moyang karang
Maafkan kerasnya sepatu
Dan mohon disimpan rahsiaku
Hakikatnya sebelum senyum dimuat
Kelopak sejurus dikesat
"Buat-buat "
Moga tiada menangga mayat
Seribu langkah moga ada yang ditinggalkan
Biru dan coklat jingga diamanah menyimpan
Bahawa ada biji remia masih tersangkak kelelahan
Untuk itu terima kasih kuucapkan
Rona yang dulu terasa jauh ditinggalkan
Perlahan ya untuk dua tahun ke depan
Jika gagal kita lakar pelan
Bina sumur impian
Nyawa
Leukotriene
Histamin
Oksitosin
Serakan
Foton
Ahh sudah jauh
Cukup dulu ayuh berkayuh
Terima kasih sang teman yang kutitipkan pesan
Moga tiada aral di jalan
Hingga selamat dinobatkan
Of the leak that burst
Seems like a sequel is here
When the cushion lost
The weight is no longer bearable,
It slides ;
Agonizing and excruciating
You suffer in silence
Here comes new company
Which leaves you dizzy
And all queasy
I wonder how you're coping daily
I know it ain't easy
The heave ain't peasy
I don't mean to make it harder
This voice deep inside keep yelling
To be all sweet and obedient for the least
The demons fought back ;
This weakling left battered
Tears drop when either lost
I'll stop fretting
And start accepting
That we're the same leaves
From different trees
Yes, we can't deny fate
Sorry
Let me make this right again
For once and for all
*Crying for being the jerk i am when all your world is me *
Hoping it's not too late to make you happy
Dengar Maher Zain nyanyi xrasa apa.
Sbb xfaham sgt.
Tapi bila ust Nusaibah eksplen, aku cari lirik dia.
Sangat bermakna. Nak menitik ayaq mata aku masa tu.
"If you fail to plan, you plan to fail "
Mencongak-congak masa tersisa
Dan kontemplasi liur basi
Gerimis membawa bau tanah yang wangi
"Petrichor "
Tertanya berapa detik kah telah disiakan masa manusia lainnya
Digantung tidak bertali siapa lah akan suka
Dipermainkan detik berharga tiada yang menjangka
Hanya mampu mengukir di pasir janji-janji tak terlaksana
Pisang diharap tidak membuah kali kedua
Makhluk berdarah biru, aku rindu kamu
(Apa khabar hemosianin)
Ataukah kosong sekeping daging kohong
Dia tiada jawapan mengisi ruang kosong
Rompong
Syurga telah murka akibat dicanang kejelakan
Jika murai membecok jemu tidak henti begini
Usah lagi membuang masa dua purnama mu nanti
Pergi lah bawa kaki ke mana diingini
Mengenangkan temulang terbeban
Aktin miosin mendamba asetilkolin
Dan saraf bersalut mielin tidak mampu diganti versi lilin
Titis suam terasa masin dicicip tunas rasa
…pada usia dewasa masih berdefinisi remaja.
المراهق kan maknanya menggila
(…Menanti jemputan tidak kunjung tiba. Ah, melainkan ada kuasa psikik; kalau mahu, kena lah beritahu.)
Tiang seri berukir cantik
Teguh memasak bumi
Menguatkan rumah dan isi
Atap yang meneduhkan
Tegar menadah hujan
Dan panas kering yang merengsakan
Tingkap dibasuh bersih
Hasilnya pandangan luar lebih jernih
Tiada terlihat debu khayalan pada imej pancaran
Dan cahaya lebih telus menembus
Cahaya yang menyinar tiang
Telah melahirkan bayang
Lurus dan tulus seperti mana leluhur
Bayang menjadi tempat berteduh
Panduan musafir menentukan masa
Munajat dan mengadu kepada Tuhannya
Maka tiada lah terbit antara sulbi dan rusuk berjasa
Melainkan zuriat yang menyejukkan mata
~Tunggu
Kan ku sampai ke situ
Rapunzel
Terperangkap dalam runtuhan bangunan
Perhubungan terputus-putus kelelahan
Belahan jiwa terbang demi pemantapan prestasi
Alat hiburan dikasi, tanpa sedar diri yang perlu dipagari
Yang tinggal hanya tugas Ella-si gadis bercoreng arang
Menanti labu menjelma kereta kuda
Duduk termangu menyisir rambut dahulu
Solusi mencari nilai diri
Ada yang bakal ditinggal berdikari
A mysterious vigor
Surrounding the one working long hours
Trying to make ends meet
Giving the whole world even
Back in the lair things are falling apart, quite
Others leave dirts,
The one had to clean
And scrub the whole might
Going places had gotten more unpleasant
As the strength dimming
A stick needed for walking
The only world left is the ungrateful leeches
Still, it's heaven.
And i now know,
The pain is unfathomable
Post ini bertujuan menyegarkan otak lembab kerana tak ulangkaji.
Orait.
Dalam microbiology, kita dah belajar, Neisseria meningitidis boleh menyebab penyakit meningococcal.
Bacteria ni ada beberapa kumpulan, tapi yg penting ialah kumpulan A,B, C, Y dan W135.
oke, buku teks bagitau, vaksin untuk kumpulan A,C,Y dan W135 dah ada.
Untuk B belum ada sbb dia ada persamaan dgn sialic acid dlm badan manusia. So takut badan buat antibodi yg attack group B dan badan at the same time.
Kata RD, "the outer coating of the meningococcal bug has the same chemical structure that's found in the brain of newborn babies "
(Kalau xsilap ilmu biochem aku, sialic acid : NANA /n acetyl neuraminic acid kan?)
So group B lah majoriti yg menyebabkan penyakit. Dan 5% berakhir dgn kematian.
Satu benda lagi aku baru tau, meningococcemia (bacteria dlm darah ) ialah sejenis hemorrhagic inflammation (type of acute non suppurative inflammation ).
Hgic inflammation : inflammation associated with conspicuous Hge as a result of vascular damage.
dlm Meningococcal disease , slain daripada red and purple spots (tanda vascular damage ), gangrene pun boleh berlaku.
Sbb untuk melawan bakteria ni, badan pindahkan darah ke vital organs. So organ xpenting boleh kurang blood supply maka gangrene.
Saja eksaited cerita, sebab jumpa sumber luar buku teks yg menarik.
Seingat aku dlm buku teks xda cerita pasal gangrene apa suma. (Ke aku yg xperasan hoho )
Rujukan :
1. Fighting B, by Helen Signy, Reader's Digest April 2012
2. Aids to pathology
Skema. Dah xda org aku nak share ilmu ni, aku cita kt belog la eh.
Menanti kelas 5 jam.
Bosan maka aku buat draf entri ni dulu.
Hiho. Kera sumbang, patutnya buat la kawan ka apa.
Mak drive hantar aku pi kelas ni.
On the way kelas tu mak sebut arah jalan, nak bagi aku ingat.
Then lalu kat satu rumah, belakang dia ada tanam pokok2 sederhana tinggi.
Mak : Ni rumah saudagar ketum, tengok tu pokok2 ketum banyak. Kaya raya dah dia.
Aku : oowh. Ketum ni apa guna dia selain seronok2 ?
Mak : Orang dulu2 buat ubat, tapi org sekarang salah guna.
Dulu mak pi perkampungan siam, nampak botol coca cola banyak. Mak hairan, apa yg depa buat.
Pastu nampak daun ketum selonggok.
Rupa-rupanya depa masak Coca-Cola dgn ketum, buat koktel.
Pastu bungkus, jual.
Budak2 sekolah pun beli gak.
Tu yang cikgu susah nak ajar tu.
Aku : owh (nganga luas2)
Cetek betul kan pengetahuan sosiologi masyarakat aku.
Antara sebab aku suka sembang dgn mak, mak sgt bijaksana, logik dan medically intriguing.
Aku sampai cemburu dgn ayah, dapat isteri macam mak.
Mak, i wanna be like you.
"Nothing is so necessary to a man than the company of an intelligent woman"
-Leo Tolstoy
Ujian
Bukan mudah mengaku punya iman
Jika tidak diuji Tuhan
Bila mana jadi kuat bukan pilihan
Tapi seakan kewajiban
Maka redha
Dan hembus nafas perlahan
Luahkan
Muntah bongkah-bongkah beban
Pada awan gemawan
Biarkan titis titis jernih mengalir
Bersama duka yang diusir
Awan akan mengerti
Dan angin akan bawa pergi
Semua yang mengganjal di hati
Air mata akan kering tersejat mentari
~yes it's a turbulence, i'd like to add physical torture as well.
The weight hurt my muscles and my palms stung from the hoist.
Be stronger girl, you don't know what's coming up front
Adik
Selamat matang
Semoga beroleh jiwa merdeka
Dan akhlak terjaga
Selamat mengenal dunia
Dan mendaki tangga jaya
Jika jatuh kakak sentiasa ada
Selamat kembang jadi mawar
Harum dan mekar
Tak terusik dek kumbang menggegar
Moga masa menyubur potensi
Dan kau bakal jadi insan bererti
Dalam banyak doa
Satunya agar kau tak jadi seperti kakak
Kau yang istimewa
Selamat membesar dalam jagaNya
Alkisah ingin bermudah-mudah di awal hari
Datang ke kelas menurut hati
Guru kurang memikat ayuh kita lari
Kerana tidur di rumah lebih mengisi
Tahu diri tiada kuat ingatan
Buku teks dijeling sekali lirikan
Yang dibawa belajar hanya nota picisan
Dan di akhir masa mula menggelupur
Cari senjata untuk mula tempur
Kenapa aku tak pernah tahu pasal ni
Sebab kau berlagak tak nak bawak dan baca buku teks
Part ni cancel tak
Aku takda dalam kelas time ni
Ya sayang
Ditegur sudah
Kita sudah dewasa
Selamat mencorak hidup
Selamat berjuang
Moga yang buruk dapat dibuang
Dan kembali ke pengajian dengan semangat berperang
Baca dan sentap perlahan2.
Perut yang kosong itu dipenuhi cahaya dan ilmu mudah masuk.
Perut yang penuh itu kegelapan, sukar dimasuki ilmu.
Maka lojiknya, bulan puasa patut jadi bulan paling produktif utk stadi.
Easier said (written ) than done :/
Mari enjoy stadi sambil puasa :')
Degup debar
Tanda tidak sabar
Hati tak henti bergetar
Mereka yang pergi
kau jemput kembali
Putih suci
Pulang dengan seri
Ramadhan yang pergi
Dan aku masih begini
Noda tak tersuci
Dosa tak terbilang jari
Sepurnama seakan berpura
Baki yang sebelas mencatat dosa
Ah begitu hina
Bila perlu tak segan meminta
Maka apakah kali ini
Aku diberi peluang lagi
Memasuki madrasah mu Ilahi
Menyuci menyental diri
Dengan hati masih berdaki ?
~Dengan muka tiada silu
Meminta dipanjangkan usia
Dapat memasuki ramadhan dengan yang dicinta~
اللهم بلغنا رمضان
Rindu
Cuba diusirnya jauh jauh
Di alam mimpi dia melabuh sauh
Besar harapan yang dirindu datang bertamu
Walau dalam mamai hati tetap damai
Akan tetapi yang dicita
Tercapainya tidak juga
Sedar dan menghembus nafas
Kelopak mata dikejip
Yang ada cuma buku sejilid
Menanti diulit
Selamat tinggal rindu
Notakaki:
Pernah tak kau pendam benda2 kecik yang menyakitkan, sampai satu masa, benda tu terlepas keluar tanpa sempat kau tahan2 ?
Impian 255 mata
300 asal punca
Semua sedia genggam
Asal sepadan usaha
Kalkulasi
Amali terkandas tujuh
Mungkin sepuluh
Musim sejuk melambai
Tujuh perpuluhan lima selamat tinggal
Ujian bulanan kertas kajian
Musim panas yang menyesakkan
Siapa tahu anggaran kerugian?
Maka impian 255 diubah
Asal lulus sudah hilang mengah
Maafkan aku
Belum cukup kurapati kamu
Ini ialah post meroyan.
Currently alone and nobody is around to spill to.
Okeh.
Ujian lisan.
Kau dah stadi gila2 dah.
Tapi kau panik orangnya.
Kau xjawab soalan direct dpd dokte.
So dokte pon bagi klu.
Malangnya kau tak tahu klu tu.
Kau rasa macam makin serabut dan makin susah soalan tu.
Kau panik.
vicious circle la en.
Kau cakap tak jelas.
So dokte tak dengar.
Bila dokte suruh ulang, kau panik.
Kau ingat jawapan kau salah.
Dah betul dah ekceli.
Kau satu group ngn dak mumtaz.
Kau cuak.
kau tahu tak, dokte tu tak tahu pun dia mumtaz.
Yang kau nak banding kan diri tu buat apa.
jawab apa ditanya sudah.
Tak semestinya dia boleh jawab semua.
Kau hanya perlu tumpu jawapan kau.
Kawan kau keluar bilik dokte nangis2.
kau gelabah biawak.
Sedangkan kau dah baca ja hampir semua benda.
Nak takut lebih2 sampai gagap2 jawab apasal?
Habis lupa point penting yg dah distadi.
Yang kau yang nangis tu
Lenkali balik nangis kat bilik.
kau nangis depan kawan2 kau tahu tak ramai jenis gabra.
Tersaiko habis suma.
Tapi takpa.
Aku paham xsemua orang kuat nak tahan.
sampai rumah baru nangis.
Hmm.
So bila kau gelabah, kau nak aku buat apa?
Gelabah jugak gagap2 ?
Hilangkan markah aku sendiri?
Penat jadi diri sendiri.
Jom berlakon~
Haru biru
Gatal tak berkutu
Pencopet rasa
Argentum ataukah raksa
Emas atau gangsa
Entahlah usah ditanya
Capai latihtubi
Hirup harum kopi
Distraksi
Koktel steroid dan rantaian asid amino
Mungkin ada untungnya jadi robot boleh buat dono
Dilema kepala
Amanah dijaga bersama
Satu anggota sambil lewa
Harta jagaan dipecah selamba
Tiba saat pemulangan
Denda dan ganti dilupa jangan
Haruskah dipiat anggota bersalah
Atau bersama menanggung padah
Pelaku tiada terusik
Sekutu darah menaik
Pada ketua jua terhambur segala -.-
Memang aku takmau jadi ketua dah la kan lepas ni. Arrr why you no pay all denda by yourself.
Or why not me use my own money for this ? (Bajet kaya lah tu)
Hmm
Saying to me, you're harsh
Gave me bad influences
You have to know i'm a sponge
Easily absorbing and fragile
Demanded me be exemplary
So that I won't make you all awry
So the culprit acted all dainty
while rattling the doors loose
"I'm a gentle lass, be gentler so I don't take after your bad attitude "
"من شكا من سوء خلق غيره ، دل على سوء خلقه "
Siapa yang mengadu keburukan akhlak orang lain, menunjukkan keburukan akhlaknya sendiri T.T
Am a walking mannequin of bad attitudes? Sobs.
Buruknya akhlak cik kak oi T.T
You can point out my drawbacks and apparently I'm not entitled to do so.
Engkau mengumumkan bakal dipunya
Ku tumpang bergembira
Akan tetapi ku keliru
Perilaku menafi mahumu
Kiralah sendiri berapa jari
Kerapnya kau mengurus diri
Acap kau tidak membiarkan
Kerjamu orang lain selesaikan
Pinggan yang tidak lepas berendam
Minyak-minyak dapur yang diabaikan
Setiap purnama biru belum tentu
Kulihat kau lincah mengurus baju baju
Tidak mengapa jika hatimu tiada
Tidak mengotorkan sudah berpada
Aku faham mungkin penatmu berganda
Membasuh berak sendiri itu masih terutama
Ahh mungkin aku sekian lama melakar definisi
Kebersihan itu perlu diprioriti
Walhal tiada mengapa jika sekitaran berjelaga
Ia tiada menjamin bahagia
Ohh dan mungkin aku memandang sipi
Bahawa dalam dunia ini wujudnya orang gaji ~!
Akan ku biarkan kau bahagia
Selamat membina keluarga
''A successful mother has happy children and greasy kitchen ''
....layakkah aku berkahwin? Ekeke.
when the parent in me babble...
Sayang perut isi-isikan
Maka lemak berkeliaran
Input melebihi keluaran
Kalori berlebihan
Gemuk itu igauan
Akan tetapi senaman dianaktirikan
Pandangan manusia nomborsatukan
Maka tampil kurus satu kewajipan
Maka pakaian satu-satunya pilihan
Lebih sempit lebih menawan
Lurah dan gunung awan gemawan
Pedulikan, menjaga penampilan satu keutamaan
Apa yang penting, aku nampak langsing.
dan orang tahu aku kurus.
-Si Bacul Pahlawan PapanKekunci
Hikayat musim adrenalin
Katil di kerusi
Melatonin terbiar sepi
Besi
Kanji dirasi
Supaya mata melawan graviti
Paksa diri
Ini musim adrenalin
Cabar limitasi kendiri
Kerana burung besi setia menanti~ :D
Azan subuh kedengaran. Jiji bergegas ke tandas utk bersuci. Selesai ; dia mengejutkan kawan serumahnya yg lain.
Seorang sahaja yg belum dikejutkan, Mimi. Mimi tidur dgn bilik berkunci. Hanya mampu dibuka dari dalam.
Jiji mengetuk dan memanggil2 Mimi.
Tiada balasan. Mungkin dia uzur, getus Jiji. Tiada daya utk mengejutkan Mimi kecuali dgn memecahkan pintu bilik.
Dia fikir itu belum perlu.
Inilah senario harian. Jiji dan rakan serumahnya yg lain seakan tidak tahu apa yg berlaku dalam bilik itu.
Pintu dibuka cuma bila hendak makan dan ke tandas. Selainnya terkurung dalam bilik itu dengan lampu terpasang 24 jam.
Suatu hari Jiji mendapati seekor lipas berkeliaran, lincah berlari. Hampir tercabut jantungnya ; sangkanya, dia telah membiarkan rumah kotor hingga dimasuki lipas.
Hari berikutnya ada seekor lagi dekat peti sejuk. Yg semalam sudah dibunuh. Jiji dan rakan lain mencuci peti sejuk. Bimbang lipas cuba menceroboh. Mimi seperti biasa berkurung.
Suatu pagi, sedang Jiji menyapu sampah, dia tersapu seekor lipas mati dekat luar pintu bilik Mimi. Tahulah kini dari mana datangnya lipas itu.
Terjenguk ke bilik Mimi sesekali, dia rasa simpati. Jiji tahu Mimi pernah beritahu.dia tiada semangat teruskan medik. Dia rasa terbeban dan mahu undur. Kelihatan Mimi sudah hilang semangat utk hidup sama sekali. Segala-galanya tentang Mimi tidak terurus. Dia hanya tampak normal di kuliah.
Jiji masih terpana dan tidak tahu apa penyelesaiannya. Salahnya juga tidak bersungguh mencairkan benteng dan pintu yang ada. Yang ada di kepalanya cuma satu ; ingin dikopaknya pintu bilik itu.
#Tinggal jauh daripada keluarga, mari lah membina sokong dan pancang agar tidak rebah.
Sungguh, aku benci segala dinding dan pintu yg membelenggu dan mencipta zombi2.
Hiduplah seiring usia. Jangan mati dahulu.
Cerkon, yg mungkin ada kaitan dgn sela-sela kehidupan.
Dalam mengejar kejayaan, ada perkara yg kita telah korbankan.
Manusia mendamba gula
Manis pada kata
Ya, boleh diusaha
Yang kejung boleh cuba cuba
Akan tetapi lebih baik jika kata dikota
Ironi
Kata bersira madu
Tebing bibir ditanam tebu
Akan tetapi yang terzahir
Perilaku penting diri
Praktikal tiada erti
Aku jaga kepentingan diri
Kau urus kemahuan sendiri
Yang penting
Mulut sudah manis
Dan orang sudah saksi
Kerana apa yang penting ialah pandangan manusia~
#Kerana aku bosan dengan manis kata
Layani aku dengan perlakuan bukti cinta
Jika aku tiada kepentingan buatmu, maka tidak mengapa
Aku ingin sekali merasa apa yang bukan sisa
#ActionScreamsLouder
#PureSelfishness
The loner
Who wanted to get attached
And found out
Everybody has already a knot
Never mind
The only thing left to do is
Wallow in overwhelming bitterness
And stop all attempts
No more bridges
Make walls instead
#doublestandard
Hikayat kaget hilang punca
Indera maha peka
Tiada lah disalahkan sesiapa
Hancur tiada mahu pergi
Menanti seterusnya langkahan kaki
Jika lemah perisai, naga menyembur api
Maka kunci untuk diamati; jaga hati.
A queer day
Finding yourself alone
In a place strange enough
Should I freak out ?
Should I let myself loose?
I always thought I'd cry
And get more helpless as I try
If ever the situation arises
Instead I raised my chin
And spoke out : I asked
True as the saying goes :
Those who ask never gets lost
Big girls don't cry
They survive :)
#Today you gave me a mini heart attack
Dilema meruap
Kandar memberat
Bahu merengat
Belengas, rimas
Ajar aku cara
Bagaimana berbagi jiwa
Seakan batang tubuh dikurnia
Bukan untuk kau semata
Semua punya hak
Dan kau berjaya menegak
Sungguh jiwa muda yang menggelegak
Asbab batu mampu diretak
#Inspirasi #melalut
Elma mengunyah crepe firakh perlahan.
Dia lapar. Tabiat tidurnya yang kacau bilau tidak menyempatkannya untuk sarapan.
Perlahan-lahan perutnya senyap; berhenti merengek. Tetiba muncul Ilia dari belakang ; 'Macam sedap ja, apa tu?'
Tanpa menoleh, Elma menghulurkan crepe. Erti benar maksud pertanyaan Ilia.
Ilia mengunyah rakus. Tangan menggenggam telefon pintar tercanggih di pasaran. "Nah, tenkiu sangat " sambil menghulurkan crepe yg berbaki separuh.
Dalam hati Elma menyumpah, Ilia sanggup menabung untuk membeli gajet terkini dan pakaian mahal. Tapi bab makan sanggup mengendeng orang lain.
Mulut tak habis berzikir tiada duit, padahal...
Elma terlupa, bahawa tangan yg memberi itu lebih baik daripada yg menerima. Dan adalah org mukmin itu makan dgn satu perut, memadai dgn sedikit makanan. Apa lah salahnya berkongsi dan menggembirakan rakan.
Usai makan, langkahan kaki melaju ke kelas Parasitology. Hari ni akan belajar tentang serangga.
Sampai ke kelas, doktor sudah pun mensyarahkan dua ayat. Elma fokus. Antara isi yang didapati adalah perlunya berkuku pendek dan menjaga kebersihan.
Elma mengerling jemari. Panjang kukunya dan kuning dek kunyit. Mata kembali ke skrin putih. Kelas tamat.
Seperti biasa, Elma berkejar pulang ke rumah, mahu tonton siri terbaru Grey's Anatomy. Pintu rumah dikuak, bau masam menerpa.
Ada sampah di dapur. Bila diamati ada berenga berlompatan gembira di balik lelemak ayam. "Ah biarlah. Ni sapa punya sampah tak bertugas ni".
Elma terus menonton gembira.
Moral : Amalkan apa yang dipelajari. Sembang kencang tiada menyumbang, kotakan perkataan baru dikira kejayaan.
Love is a motivation
It keeps mothers alive
Amidst all hardships and strives
It helps fathers persevere
To bring up his family: his dears
It ties families together
It makes a leader sacrifice
though he himself has much cries
It renders lovers inspired
To try and be better themselves
Love indeed
Is the best motivation ~
This winter break
Is a teacher
Lots of things it showers.
I learnt to mingle
With people i get more sociable
Ice melts, bonds more stable
It taught me appreciation
That the best things aren't always golden
It comes in all shades of color
Just see with eyes wide open
And mind unfazed
I grasped a mountain
Of knowledge and a fountain
Of what can't be bought, only acquired
By experiences
I realized
That my values are not
What others saw in me
Its what i do that people can't see
This winter break
Is a great teacher
I came out the same me
A lil better than ever~
Ini satu cerita
Yang wujud
Celah kehidupan manusia
Seorang petani tua
Sekian lama membanting tulang
Kulit terjemur hitam
Kedut tiada terbilang
Matahari itu ada bisa
Saban hari ia menambah bintik hitam
Tanpa sempat ditawarkan kusam
Malignansi diundang
Di padang itu juga
Racun dan baja toksik bernanah
Akumulasi menanti hari
Bom jangka
Petani terus gagah
Demi sesuap buat di rumah
Akan tetapi dia perlahan-lahan rebah
Di rumah sakit dia menggelisah
Gusar keluarga di rumah
Makan pakai di bahu siapa
namun masih
Bibir mengalun nama Kekasih
PanggilanNya disahut gigih
Atma suci terpancar pada wajah persih
Sebak merembes
Ini usaha seorang bapa
Moga dikurnia penawar
Khabar ria di dunia
Atau kau kan menyiapkan mahligai di syurga
Tiada yang tersia
Dia akan redha dan memberkati
Titis peluhmu wahai baba
Kayu tua
Leluhurnya pohon berjasa
Susur galur indah dipandang
Tiada perit bahu menyandang
Perjalanan hidup bertuah
Tanduk patah gading menyembah
Mewah
Dan lewah
Kamus hidup tak punya kata susah
Dan sesampai umur perlu menekur
Dia berundur
Kecut sebelum peluru bertabur
Larinya dia
Mencicir obligasi ketua
Domino runtuh satu dan seterusnya
Peduli apa prioritinya dia terbahak ketawa
Buluh tak lut dilentur
Arang tidak mulur
Saat pertanggungjawaban akan tiba ~