Friday, 18 January 2013

cubitan sayang

bismillah..
maka sebermulanya kisah ini, biarku cerahkan..
ini kisah yang berlaku atas dasar cinta
kerna Dia sayang maka Dia cuit..
halus penuh hikmah teguran Sang Khaliq..

takdir tersurat menemukan aku dengan saudaraku
kami serumpun biar tak sebangsa
mula bicara selayaknya biasa
terkadang, dia gigil, tangan tergetar 
mula terhambur kalimat-kalimat kabur makna
''aku berdosa'' diulangi nya tak jemu



rupanya saudaraku itu
mangsa majikan hati beku
lebih bejat daripada hantu
kehormatan diinjak
kemanusiaan patah berderak
belum pernah mataku tersapa
trauma ketakutan begitu rupa

rupanya yang tersirat
Dia mahu aku sedar,
maruah wanita harus kau jaga
jika hilang tiada seumpama
sedang aku masih saja tiada silu
luah pendam di muka buku
konon penuh sipu dan malu
isyarat buat si dia bertalu-talu ..

Tuhan, maafkan hambaMu..
mulut menyebut untaian cintaMu
tapi hati penuh sebu
dengan suatu yang tak pasti untukku
maruah ini Kau peganglah biar utuh
biar datang angin tengkujuh
tak mudah diganggu roboh~

1 comment:

  1. Beedobeedobeedo. *Bunyi ambulans minions * since heartaches are inevitable, how bout a.....? Ngantukk.

    ReplyDelete