Inas anak kepada ibu yang merupakan seorang doktor. Ayahnya pula guru Biologi. Kombinasi Doktor+Guru sains telah mendidik Inas jadi seorang yang peka akan kesihatan, kebersihan diri dan tempat.
Sejak kecil, Inas tahu dan hafal ; kalau demam ambik Paracetamol aka Panadol, kalau selsema makan Chlorpheniramine Maleate, ubat tahan sakit nama dia Piriton, ubat cacing albendazole , kalau gatal2 pas makan udang, makan Loratadine dan pelbagai lagi nama-nama pelik ubat-ubat dan penyakit.
Inas juga ada kemahiran mendiagnos penyakit-penyakit minor seperti kudis buta aka scabies , jangkitan fungus aka kulat dan sebagainya.
maka Inas mula mengapply info-info yang melekat di kepalanya dekat kawan-kawannya. Dilihatnya kawan penuh kudis buta di tangan, pantas ditegurnya supaya cepat-cepat ambik ubat. Seorang budak lelaki yang penuh panau di muka juga ditegurnya. Asalnya budak itu baru hendak minat sikit pada Inas, terus terbantut; Inas penuh prejudis dekat orang bab-bab kebersihan ni. Prinsip Inas ; kita kena rawat penyakit berjangkit yang ada pada kita, supaya tak menjangkiti orang lain.
Inas rasa sifatnya sangat pembersih . Tambahan pula, selepas SPM, dia berjaya menggapai tawaran belajar ke Indonesia dalam bidang perubatan. Dia rasa dia sangat sesuai ambil bidang perubatan.
Maka, diteruskan sifatnya itu sampai ke Universiti. Di universiti, dia memanfaatkan background medicnya sepenuhnya untuk belajar medic.
Dalam kelas contohnya, dia rasa sangat bangga masa tahun 2, dia boleh jawab soalan Dr pasal ubat gout ; allopurinol walaupun masa tu tak masuk bab Purine and Pyrimidine pun lagi. Apa yang kawan-kawannya tak tahu, dia tahu bukan sebab dia study ,tapi sebab ayahnya sakit gout, maka paket pil allopurinol banyak di rumahnya; dia sudah hafal akan nama itu.
Suatu pagi , semasa menunggu pensyarah Anatomy, rakannya Namira datang untuk konsultasi penyakit gatal-gatal gelembung di tangannya. Inas dengan yakinnya menyelesaikan masalah itu ; Namira terkena jangkitan kulat. Inas tahu itu sebab dia pernah kena simptom yang sebijik macam itu masa dia bergelumang dengan tahi itik lepas SPM 2 tahun lalu.
Inilah rupa itik-itik ternakan Inas lepas SPM dulu |
Inas tidak lupa memuji Namira kerana peka dengan keadaan dirinya, tidak lupa Inas masuk lif tekan sendiri , memuji prinsip dirinya dalam membasmi penyakit berjangkit. Namira dengar penuh tekun, terdiam kemudian bersuara perlahan, '' iyalah. Betul juga. Saya terfikir, kalaulah manusia boleh bertindak macam tu dengan dosa-dosa dan tabiat buruk. Asal ada je maksiat pada diri, terus dibasmi takut-takut ia memberi kesan pada org lain. Alangkah baiknya kalau kita jaga kebersihan diri dan hati sama banyak''.
Usai kata-kata itu, Namira pamit untuk menyiapkan kerjanya. Inas terhenyak di situ. Mukanya pucat, otaknya ligat fikir kata-kata Namira. Buat pertama kali dalam hidupnya, ada orang perbetulkan prinsip hidupnya yang tidak berapa betul itu. Mulanya dia berasa sangat malu, tapi difikirkan kembali, dia rasa gembira pula. Lapang.
Mujur ada yang sudi tunjuk jalan buatnya. ALLAH bagi teguran buatnya melalui sahabatnya Namira. Inas senyum lebar ; dia mahu belanja Namira rubu' firakh lepas kelas nanti.