Tuesday, 28 May 2013

ini satu cerita

nama aku Nisaa'. aku menetap dalam suatu binaan yg kukuh di pedalaman. walaupun suhu di sini agak panas, tapi aku mampu survive. kaum aku dah biasa suhu begini.

rumah aku terletak di suatu kampung bernama Kg. Orang Dapur. dan aku ada bilik sendiri dalam rumahku. aku tinggal bersama 400 000 saudara perempuanku yg lain sejak Zaman Matang. setiap drp kami mempunyai pembantu masing2.  asalnya aku punya 600 000 saudara lain di sini semasa Zaman Dulu. tapi semuanya tak berjaya membesar sihat macam aku. sedih, tapi aku akur dgn takdir.

Dalam Zaman Matang, setiap bulan, 10-15 saudara perempuanku akan disiapkan cantik2. dan diberi makanan berkhasiat. dan mereka akan membesar bulat dan montel. kata ibu a.k.a tuan bilik, mereka bersiap2 untuk melakukan tugas yg ALLAH perintahkan buat mereka.

aku gembira lihat mereka membesar. tapi aku sedih, dalam 15, hanya satu yang terpilih untuk menjalankan misi ini. kakak itu memang bernasib baik, dia mempunyai deria yang lebih peka, jadi dia mampu menggunapakai semua khasiat2 yg dicurahkan kepada mereka berlima belas. hanya dia.

mulanya aku anggap ini selfish, tapi sebenarnya, 14 lagi kakak2ku ada peranannya sebelum pergi. mereka turut membantu menyiapkan rumah agam buat si kakak yang satu menetap dalam misinya nanti.

dan peristiwa demikian akan berulang setiap bulan. Kata ibu, dalam Kg. Orang Dapur, hanya 450 calon sahaja akan terpilih menjayakan misi ini. aku berdebar2 menunggu dengan harapan aku terpilih.

suatu hari, aku mendapat berita bahawa aku termasuk dalam 10 calon terpilih untuk pemilihan calon bagi bulan Mac. aku sungguh gembira.

aku dan 9 saudaraku membesar sihat dgn layanan yg diberikan buat kami. kami membina rumah agam beramai2. dan aku lihat 9 mereka semakin lemah ; ternyata aku calon terpilih untuk misi ini.

masanya telah tiba untuk misi penting ini. aku dipaksa keluar dari bilik tempat aku membesar.kubuka pintu Stigma dgn sayu. aku masih sedih dengan pemergian 9 org saudara perempuanku seusai peninggalanku. tapi ini tanggungjawab. aku keluar dengan crown yang cantik , memakai gaun tertutup rapi jenama Zenee Pelangi dan diberi semburan pewangi. ramai flowergirl turut mengiringi peninggalanku. kata ibu, si dia pelengkap misi aku suka dan peka akan bau-bauan.tambahnya, si dia akan mengenaliku melalui pewangi yg kupakai.

aku menaiki bas fimbria melalui terowong untuk sampai ke rumah agam.

kata ibu, aku perlu menanti ketibaan seseorang itu. pembantuku Cik Kuning membantu menghiaskan rumah agam yg telah siap. ditambahnya hiasan di sekeliling rumah itu. Cik Kuning turut membeli stok makanan yg banyak, katanya misi ini panjang dan memenatkan. makanan perlu supaya tidak kebuluran. dia turut membina tali air yg beraliran deras dan berbengkang bengkok sebagai sumber air bersih.

aku menanti selama 24 jam, tetapi si dia tidak datang.Aku mula marah2 dan naik angin. Cik Kuning menyabarkan ; ''sabarlah, mungkin misi ini bukan kamu pelopornya. saudara kamu akan setia meneruskannya.'' Kata2 Cik Kuning menyedarkan aku tugas kami berpanjangan sehingga ALLAH menetapkan masa rehatnya.

Tidak lama kemudian, Cik Kuning pergi meninggalkanku selamanya. aku keseorangan dalam rumah agam ini. Tiada lagi yang akan mengukuhkan rumah agam yg rapuh ini. aku menangis seiring runtuhnya binaan ini ;kenangan terakhirku bersama 9 saudaraku. aku hanyut dalam runtuhan itu ; hatiku meyakinkan saudaraku akan setia dalam perjuangan ini.

tamatlah riwayatku Nisaa' si ovum dalam misi menjaga keturunan manusia.


2 comments:

  1. jangan silap cerita sudah besok

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat ni suka2 ja pon. sbb part ni sgt dramatik kot kalau buat cerita

      Delete