alkisah aku manusia tak pandai bahagi masa
diberi pula amanah tak terdaya
cemburu tengok pimpinan kemas bergaya
sedang aku masih teraba2 lihat dunia
kuliah berakhir hampir senja
kandar di bahu menuntut masa
maka Lowrate voip sepi terbiar saja
keluarga ibu bapa entah ke mana
ahli beit kupandang sebelah mata
kelas agama makin ku tak jelira
bulatan gembira tiada selera
maka campur tolak darab bahagi
jadilah aku manusia tak berhati
kering , kejung tanpa isi
acap tertanya2 bila titik penamatnya
hidup tanpa rasa jua warna
aku buka langkah pertama
kurapati halaqah dan bulatan gembira
kupaksa2 moga mendarah daging meresap ke jiwa
dan Tuhan Maha Kaya tak pernah mensia2
hati gersang jadi basah
pahit iman jadi ranum
putik minda mula matang
moga pasak yang dibina kekal kukuh
tetap utuh takkan pernah rapuh
mampu bangkit biar sekian kali jatuh
kepadaMU Tuhan tak akan ku selingkuh
p/s sungguh aku cemburu kepada sang pemburu waktu ... kerana masa itu tak pernah menunggu~ kalah menang kita penentu...
No comments:
Post a Comment